Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) bakal memasuki pusingan separuh akhir pada Ahad ini.
Kesemua lapan penyanyi yang masih kekal iaitu Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Zamani, Hetty Sarlene, Maya, pasangan duo Billy Zulkarnain dan kumpulan Forteen, akan bertarung untuk merebut tempat di peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung pada 18 November ini.
Minggu ini, bintang GV5 diberi cabaran untuk membawakan dua buah lagu daripada genre berbeza.
Berikut lagu tugasan mereka untuk konsert ketujuh:
Kredit foto: Instagram Astro Gempak
- Amelina - Kuch Kuch Hota Hai (Udit Narayan, Alka Yagnik) & Tua Mengejar Kita (Fauziah Latiff)
- Billy Zulkarnain - Mengenangmu (Kerispatih) & Mulanya Di Sini (Freedom)
- Zamani - Di Matamu (Sufian Suhaimi) & Dekat Padamu (Yusry)
- Dia Fadila - I Don't Want To Miss A Thing (Aerosmith) & Pematah Hati (Nabila Razali)
- Maya - Tiada Kepastian (Ziana Zain) & Ikut Rentakku (Jaclyn Victor)
- Noryn Aziz - Dahsyat (Mojo) & Cintaku 100% (Mas Idayu)
- Forteen - Potret (Akim & The Majistret) & Cinta Di Akhir Garisan (Ziana Zain, Ning Baizura, Nora, Dessy Fitri)
- Hetty Sarlene - Pencuri Hati (Ayda Jebat) & Kemaafan Dendam Yang Terindah (Aishah)
Kesemua peserta bakal diadili oleh dua juri tetap, pengarah muzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim bersama seorang juri undangan setiap minggu.
Diacarakan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, konsert GV5 bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria selama lapan minggu, ke udara setiap Ahad, jam 9 malam dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Juara musim kelima bakal membawa pulang ganjaran wang tunai RM100,000 berserta trofi, RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 untuk tangga ketiga.
Sementara itu, pemenang keempat, kelima dan keenam masing-masing bakal menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.
Untuk info lanjut berkenaan GV5, layari laman sesawang www.gegarvaganza.com.my atau laman Instagram rasmi @gegarvaganzaofficial.