Oleh pada 30 Nov 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Minggu kesembilan Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang juga peringkat separuh akhir bakal menghimpunkan tujuh orang peserta dalam persaingan mendapatkan 'tiket' ke pentas akhir.

Calon finalis akhir musim ini adalah penyanyi Cliff Umar (vokalis kumpulan Projek Pistol), Noraniza Idris, Mus (May), Linda Nanuwil, Oja, Ayu Damit dan Ashira Aziz.

Mengangkat tema 'Oustation', para peserta perlu mementaskan dua buah lagu.

Berikut cabaran terakhir yang perlu digalas mereka sebelum beradu nasib di pusingan akhir:-

   

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu 8

   

gegar vaganza 2020 827

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2020 Minggu Kesembilan

1. Muss - Rock You Like a Hurricane (Scorpions) & Kasih (Hetty Koes Endang)

2. Ashira - Don't Speak (No Doubt) & Peluang Kedua (Nabila Razali)

3. Noraniza Idris - Chaiyya Chaiyya (Sukhwinder Singh & Sapna Awasthi) & Bisikan Cinta (Anita Sarawak)

4. Cliff Umar - Hoi Fut Tin Hung (Beyond) & Tercipta Untukku (Ungu)

5. Linda Nanuwil - Anak (Freddie Aguila) & Teruskanlah (Agnes Monica)

6. Ayu Damit - Skyfall (Adele) & Dia (Dato Sheila Majid)

7. Oja - Biso Bonar (Hattan) & Fantasia Musim Cinta (Iwan)

   

Pertandingan menggunakan khidmat penjurian barisan juri tetap iaitu pengarah muzik, Datuk Ramli MS dan penyanyi lagenda, Datuk Khatijah Ibrahim (Khadijah Ibrahim), selain dibantu dua juri yang dijemput secara mingguan.

Anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 7 (2020) bagi mendapatkan perincian berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan.

GV7 secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), menemui penonton saluran Astro Ria pada setiap Ahad, jam 9 malam, bersama pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

   

Kredit video: [LIVE] Konsert Gegar Vaganza 2020 Live + Minggu 9

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)