Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Pengenalan
TikTok Awards Malaysia kembali dengan tema 'Realisasikan Impianmu' (Celebrating New Dreams) bagi meraikan pencapaian pencipta konten tempatan dan karya mereka. Tahun ini, acara itu menonjolkan tema kepelbagaian budaya Malaysia yang dapat dinikmati oleh penonton di seluruh dunia.
Sebagai tanda penghargaan kepada bakat tempatan, TV3 sekali lagi menjadi platform utama dalam penganjuran TikTok Awards 2024, membawa acara ini ke pentas nasional dan antarabangsa untuk tahun kedua berturut-turut.
Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Kategori
TikTok Awards Malaysia 2024 akan menampilkan dua segmen utama: Pilihan Juri (Judge’s Pick) dan Pilihan Popular (People’s Choice). Bertepatan dengan tema “Realisasikan Impianmu”, acara tahun ini memperkenalkan anugerah istimewa yang diberi nama “Changemaker of the Year”, sebuah pengiktirafan yang unik dan penuh makna.
Kategori Pilihan Peminat (People’s Choice):
Creator of the Year
Celebrity of the Year
Video of the Year
TikTok LIVE Creator of the Year
TikTok Shop Creator of the Year
Pilihan Juri (Judge Pick):
Entertainment Creator of the Year
Animation Creator of the Year
Gaming Creator of the Year
Education Creator of the Year
Food Creator of the Year
Sports Creator of the Year
Beauty & Fashion Creator of the Year
Format Penjurian
Untuk kategori Pilihan Juri, pemenang akan ditentukan oleh panel eksekutif yang menggunakan kriteria khas sebagai panduan. Panel ini terdiri daripada Khairul Aming, Angga Anugrah Putra, Pengurus Besar Operasi TikTok, Asia Tenggara serta Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios.
Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Cara Undi
Bagi kategori Pilihan Popular, TikTok kekal memberi mandat penuh kepada rakyat Malaysia untuk memilih pencipta kandungan kegemaran mereka. Pengundian awam untuk lima kategori ini boleh dilakukan mulai 25 Julai 2024 hingga 9 Ogos 2024.
Undi di SINI
Pengacara
TikTok Awards semakin hangat dengan kolaborasi hebat antara Che Puan Sarimah Ibrahim dan Janna Nick, yang akan mengambil alih tugas sebagai pengacara utama bagi memeriahkan lagi pentas acara ini.
Sementara itu, pencipta konten TikTok, Ceddy Ang dan Ain Edruce akan menghidupkan suasana di karpet merah sebagai hos yang ceria menyambut kehadiran rakan-rakan pencipta kandungan sambil berceloteh dan berjenaka.
Pencipta kandungan, Eima Safuan pula digandingkan dengan pelakon, Daniel Fong untuk menyemarakkan suasana di sebalik tabir sebagai pengacara belakang pentas, membawa penonton menelusuri momen-momen eksklusif yang tidak dapat dilihat di skrin.
Persembahan
Acara ini akan diserikan dengan persembahan memukau yang pasti akan menarik perhatian penonton, baik yang hadir mahupun yang menonton dari rumah. Sebagai pelengkap suasana, barisan penyanyi popular masa kini seperti Aina Abdul, Faizal Tahir, Amir Jahari, Aisha Retno, Naim Daniel, Yonnyboii, Zubir Khan, Ezra Kairo, Sarah Suhairi, Alfie Zumi, Danial Kifli, Afieq Shazwan, Wani Kayrie, Chombi dan Muah Band, akan tampil dalam segmen persembahan, mengalihkan tumpuan debaran menantikan keputusan.
Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Penyampai Trofi
Sementara itu, barisan selebriti terkenal, bersama pencipta konten yang telah mencorakkan dunia digital kita, akan melangkah ke pentas sebagai penyampai trofi. Mereka akan menerima dan menyambut setiap pemenang daripada setiap kategori. Mereka yang akan tampil ialah Erra Fazira, Faizal Tahir, Shaheizy Sam, Aina Abdul, Bella Astillah, Sophia Albarakbah, Khairul Aming, Sofyank, Imran Aqil, Ryan Bakery, Tan Kian Meng dan Goh Liu Ying.
Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Penaja
TikTok Awards Malaysia 2024 mendapat sokongan padu daripada TV3 dalam kerjasama penganjuran, dengan Siri HONOR 200 5G mengambil peranan sebagai penaja utama. The Raw Skincare pula menyumbang sebagai penaja bersama. Acara megah ini turut disokong oleh rakan penaja seperti TikTok Shop, U Mobile 5G dan TRESemmé, menjadikannya satu acara yang penuh gemilang.
Waktu Siaran
TikTok Awards Malaysia 2024 akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) Kuala Lumpur pada 11 Ogos 2024. Acara ini akan disiarkan secara langsung dan eksklusif di TV3 serta di akaun rasmi TikTok Malaysia mulai jam 9 malam.
Strim live di akaun TikTok Malaysia - Mulai jam 8 Malam
Karpet Merah di TV9 - Jam 8:30 malam
Acara Utama di TV3 - Jam 9 malam hingga 11.30 malam
Tiket
Beli tiket di SINI
Senarai Calon
1. Kategori Pilihan Peminat (People’s Choice)
Creator of the Year
1. Sofea Shra @sfeashraa
2. Sofyank @sofyank96
3. Daddy Hood @daddyhood__
4. Ryan Bakery @ryanbakery
5. Che Sayang Kitchen @chesayang_kitchen
6. Qiwiie @msqiwiie
Celebrity of the Year
1. Meerqeen @meerqeen
2. Bella Astillah @bellaastillah_94
3. Siti Khadijah Halim @sitikhadijahhalim_
4. Nabila Razali @nabila.razalii
5. Hairul Azreen @hairul_azreen88
6. Amsyar Leee @amsyar_leee
Video of the Year
1. Qiwiie @msqiwiie
2. Amsyar Leee @amsyar_leee
3. Aishhrahim @aishahrahim07
4. Agy @agy.official
5. Nazrul Faiz @nazrulfaiz88
6. TheBlackSyndicateMY @theblacksyndicatemy
TikTok LIVE Creator of the Year
1. Boss Wan @bosswan88
2. Jelly Belly @jellybelyyy
3. Syaffiq Sahli @syaffiqsahli
4. PuteryD @puteryd
5. ShazreenShaharum @shazreenshaharum
6. Acap S @acaps19
TikTok Shop Creator of the Year
1. Almiyaz @almiyaz.my
2. Dear Carynn @dearcarynn
3. Moncherilive @moncherilive
4. NL Cosmetic Chemist @nl.alchemist
5. Pee Monday @peemondayz
6. Pinn Yang @yang
2. Pilihan Juri (Judge Pick)
Entertainment Creator of the Year
1. Abang Shah @abang_shah_
2. Achik Mael @achikmael
3. Kanafly @kanafly
4. Lyanafitry @lyanafitry
5. Shahril PecintaMuvee @shahril_pecintamuvee
6. Yana Azlee @shiltoklady
Education Creator of the Year
1. Aminabid @aminxabid
2. Eizuwan @eizuwan
3. Financial Faiz @financialfaiz
4. Abang Lawyer Hafiz Baharuddin @lawyersresponse
5. Nuraezzatie @nuraezzatie
6. Professionalbimbo @professionalbimbo
Gaming Creator of the Year
1. KingShahx @kingshahx
2. Ombong Haha @ombonghaha
3. ROSHAnotGamer @roshanotgamer
4. Sabiq @sabiqqqqq
5. Lieya @thelieyaa
6. xkpenjahat @xkpenjahat
Beauty & Fashion Creator of the Year
1. Azfar Heri @azfarherii
2. Aishhrahim @aishahrahim07
3. Ashyy Edward @ashyyedward
4. Cabi @cheesusus
5. Sabrina @jpbrinx
6. Nynabukater @nynabukater
Food Creator of the Year
1. The Desi Chef @ananthancharan
2. Hisham Raus @hishamraustv
3. Hungry Sam @hungrysam_oe
4. Inshaneats @inshaneats
5. Soya Belacan @soyabelacan
6. Tang Guo Shop @tang_guo12
Sports Creator of the Year
1. Intan Serah @serahsocool
2. Adeqpitcher @adeq.pitcher
3. Amar & Anas @amaranas_
4. Badman Badminton @badman_badminton
5. Haziq @haziq_panna
6. Foong Yi Xin @foongyixin
Animation Creator of the Year
1. Bichi Mao @bichimao
2. Lillizat @lillizat
3. MyoR @myorrrr
4. Sumie Azil @sumieazil
5. Wan Animation @wananimation
6. Yimo The Tapir @yimotapir
Senarai Penuh Pemenang TikTok Awards Malaysia 2024
Pilihan Peminat / Popular (People's Choice)
1. Creator of the Year - Che Sayang Kitchen
2. Celebrity of the Year - Bella Astillah
3. Video of the Year - Agy Official
4. TikTok LIVE Creator of the Year - Acap S (Asraf Jaafar)
5. TikTok Shop Creator of the Year - Pinn Yang
Pilihan Juri (Judge Pick)
1. Entertainment Creator of the Year - Kanafly
2. Education Creator of the Year - Aminxabid
3. Gaming Creator of the Year - Kingshahx
4. Beauty & Fashion Creator of the Year - Aishah Rahim
5. Food Creator of the Year - Tang Guo Shop
6. Sports Creator of the Year - Amaranas
7. Animation Creator of the Year - Yimotapir
Changemaker of the Year - Brader Wheel Chair dan Lokohopunohgroup
Baca: Biodata Sofea Shra, Personaliti TikTok Terkenal
Baca: Senarai Keputusan Pemenang TikTok Awards Malaysia 2023 (Anugerah TikTok Malaysia 2023)
Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Tajuk program? TikTok Awards Malaysia 2024
Bila dan tayang hari apa? 11 Ogos 2023, pukul 9 malam
Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform online, akaun TikTok Malaysia
Kredit video: TIKTOK AWARDS | #TikTokAwardsMY2024