Oleh pada 10 Feb 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Dato A. Aida

    

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida mendedahkan sudah tidak mengenakan hijab sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimapun pemilik nama sebenar Zaidah Awang itu enggan membuat ulasan lanjut membabitkan perkara itu.

    

Baca: Biodata Datuk A. Aida, Penerbit Popular Malaysia

dato a aida

Kredit foto: Instagram Dato A. Aida

    

“Ya, betul saya tidak lagi berhijab. Tapi, saya tidak mahu bercakap banyak mengenai perkara ini," katanya memetik laporan Harian Metro.

Sementara itu, A. Aida memohon maaf, selain meminta agar netizen dapat mendoakan yang terbaik buatnya.

"Saya minta maaf. Doakan yang baik-baik saja buat saya,” katanya.

Terdahulu, produser itu mengejutkan ramai dengan penampilan baharunya sewaktu ditemubual pasangan pengacara, Awal Ashaari dan Sherry Alhadad di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34).

A. Aida mula bertudung selepas mendirikan rumah tangga dengan aktor Ariff Aziz pada Julai 2018.

Rumah tangga yang berusia sembilan bulan itu terlerai dengan perceraian pada April tahun lalu.

Kehadiran A. Aida di AJL34 adalah sebagai penulis lirik untuk lagu Kisah Cinta Kita dendangan Hafiz Suip yang tercalon pada acara muzik berkenaan.

   

Biodata Ringkas Datuk A. Aida

  • Nama sebenarnya, Zaidah binti Awang. Dikenali umum sebagai Datuk A. Aida.
  • Lahir pada 20 April 1970 di Kemaman, Terengganu.
  • Bergiat dalam dunia hiburan sebagai pelakon dan penerbit televisyen.
  • Memegang peranan sebagai pengasas dan pengarah urusan A. Aida Production yang ditubuhkan pada 2003. - sumber Wikipedia.

    

Sumber berita: A Aida buka tudung!

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)