Baru-baru ini pasti semua tahu mengenai Jutawan terkenal Malaysia yang mengeluh dengan keadaan rumahnya yang kecil. Kali ini kami akan kongsikan kepada anda bagaimana rekabentuk dan keadaan rumah super jutawan dunia, Mark Zuckerberg pula. Bagi yang tidak mengetahui, Mark Zuckerberg adalah founder kepada facebook.com. Hartanya sangat banyak mengalahkan ramai tycoon terkenal yang telah bertapak lama didalam industri.
Sehingga 2017, Mark Zuckerberg dikatakan memiliki harta sebanyak 56.7 bilion bersamaan RM 250,806,780,000. Banyak kan? Namun begitu, beliau adalah seorang yang sangat humble dan tidak bermegah-megah dengan hartanya. Beliau tahu kemana henda salurkan wang dengan betul. Bukan macam orang kaya di negara kita. Bila ada duit banyak sikit je dah nak beli kereta mewah dan rumah besar. Berlainan dengan Zuckerberg.
Kalau anda perasan, anak mereka pun mereka cuma beri wooden walker sahaja dimana harga wooden walker ini di Malaysia adalah lebih kurang RM100 ke RM300. Memang sangat rilek gaya hidup Zuckerberg. Pakaian pun t-shirt kosong biasa.
Mark Zuckerberg adalah contoh yang baik untuk dijadikan ikutan oleh anak muda yang bercita-cita menjadi jutawan. Dikatakan juga Mark Zuckerberg ada merancang untuk memberikan 99% saham pegangannya di dalam facebook kepada badan amal untuk disedekahkan. Lifestyle dan persona yang ditunjukkan sangat berlainan dengan orang kaya di Malaysia.
Apa-apa pun, hidup ini bukan satu perlumbaan.