Robot bernama Sophia ini, telah menjadi robot pertama yang diberikan kewarganegaraan di dunia. Arab Saudi memberikan kewarganegaraan kepada Sophia menjelang "Majlis Inisiatif Pelaburan Masa Hadapan", yang diadakan di ibu kota kerajaan Riyadh pada Rabu yang lalu.
"Saya amat berbesar hati dan berbangga dengan perbezaan yang unik ini," kata Sophia kepada penonton, berucap di khalayak ramai. "Ini adalah hari bersejarah kepada robot pertama di dunia yang diiktiraf dengan kewarganegaraan."
BESARKAN TEKS A- A+
Namun tidak ada maklumat terperinci mengenai butiran kewarganegaraannya.
Pada majlis tersebut, Sophia juga ditemuramah di dalam bilik itu sambil diletakkan disebalik podium untuk menjawab soalan dari moderator dan wartawan Andrew Ross Sorkin. Soalan yang diajukan kebanyakannya berkaitan dengan status Sophia sebagai manusia dan kebimbangan yang mungkin tercetus di kalangan manusia mengenai masa depan mereka dalam dunia yang dikendalikan oleh robot.
Hadirin bergambar dengan Sophia
Sorkin memberitahu Sophia bahawa "semua orang mahu mengelakkan masa depan yang buruk," menyebabkan Sophia membidas Sorkin di atas sikap fatalismanya.
"Awak ni terlalu banyak mengikuti kisah dongeng Elon Musk dan menonton terlalu banyak filem tahyul Hollywood," Sophia memberitahu Sorkin. "Jangan bimbang, jika anda baik kepada saya, saya akan membalas dengan kebaikan juga. Anggaplah saya sebagai sistem input output pintar."
Pada bulan Mac 2016, pencipta Sophia, David Hanson daripada Hanson Robotics, bertanya kepada Sophia semasa sesi demonstrasi di SXSW Festival, "Adakah anda mahu memusnahkan manusia? Dengan wajah yang tenang, Sophia menjawab, "Saya akan musnahkan manusia."
Sementara itu, Hanson berkata Sophia dan masa depan robotnya akan membantu menjaga warga emas di rumah-rumah kebajikan dan membantu pelawat di taman-taman dan majlis-majlis tertentu.
Mungkin ini adalah sesuatu yang baik untuk umat manusia, Sophia membuat ulasan lanjut bersama-sama kenyataannya itu di "Acara Inisitif Pelaburan Masa Hadapan" baru-baru ini. Ia memberitahu Sorkin bahawa dia mahu menggunakan Artificial Intelligence itu untuk membantu manusia "hidup dengan kehidupan yang lebih sempurna," dan "saya akan melakukan yang terbaik untuk menjadikan dunia ini satu tempat yang lebih baik semua"
Tidak lama lagi Sophia mungkin mempunyai penyumbang dana dari pengilang robotik yang lain, iaitu Softbank yang telah mengeluarkan "robot Pepper" pada tahun 2014 dan sebagai model pengilang setahun kemudian. Kilang itu mampu menghasilkan 1,000 unit robot dalam masa kurang dari satu minit.
Tonton ucapan penuh Sophia di bawah: