Pecal merupakan salad tradisional Jawa yang mengandungi sayur-sayuran bercampur dengan kuah kacang, lazimnya dihidangkan dengan nasi kukus atau kadangkala dengan lontong atau ketupat.
Sos kacang yang digunakan dalam pecal turut sama dengan gado-gado. Sos kacang untuk pecal tidak mempunyai santan. Tetapi, pecal telah dikaitkan dengan masakan Jawa, manakala gado-gado lazimnya dikaitkan dengan masakan Betawi dan Sunda.
Di Indonesia, ia disebut sebagai pecel seperti yang diperkenalkan oleh masyarakat Jawa. Pecal turut amat terkenal di Suriname, dimana ia diperkenalkan oleh Jawa Suriname.
Sayur-sayuran yang digunakan dalam pecal mungkin berlainan, dan resepi kuah kacang mungkin sedikit berlainan di kalangan rantau di Jawa.
Asal-usul pecal masih belum diketahui, namun terdapat kebarangkalian yang tinggi ia berasal dari kota Madiun atau Ponorogo di Jawa Timur, disebabkan ia mempunyai jenis pecal yang paling popular, dan juga kerana sate Ponorogo menggunakan sejenis kuah kacang yang lazim digunakan dalam pecal.
Namun begitu, pecal boleh didapati di kebanyakan kampung dan bandar raya berpenduduk Jawa. Pecal dapat dibuat di kediaman atau disajikan di restoran Jawa, warung atau penjaja jalanan yang berjalan dari kediaman ke kediaman dengan raga buluh yang mengandungi bahan-bahannya.
Di Malaysia, sajian pecal masih popular di kalangan masyarakat Jawa. Ia boleh didapati di pasar-pasar jaja seperti di Bagan Datoh, Perak.
Pecal Versi Tumbuk
Bahan-bahan:
- Kacang tanah (1 kg) - digoreng dengan minyak
- Cekur (sedikit) - optional
- Gula pasir (1/2 kg) - boleh lebihkan untuk manis dan boleh kurangkan jika sebaliknya
- Garam (1/2 sudu besar)
Tumbuk semua bahan-bahan di atas.
Bahan-bahan yang perlu digoreng:
- Cili kering (tiada anggaran) - boleh dilebihkan untuk pedas
- Bawang besar (tiada anggaran) - jika suka, dibanyakkan
- Bawang putih (tiada anggaran) - jika suka, dibanyakkan
- Belacan (sebungkus) - berharga RM1
- Asam jawa (sebesar ibu jari) - telah dibuang biji
Tumbuk sekali semua bahan-bahan di atas dengan menggunakan lesung batu.
Cara bancuh kuah pecal:
1. Satukan semua bahan-bahan tumbuk tadi.
2. Letak air panas dan rasa dahulu. Jika mahu manis, boleh tambah gula.
3. Kacau kuah pecal mengikut kepekatan masing-masing.
Nota: Pemilik resepi tidak suka terlalu cair.
Bahan-bahan celur:
- Kangkung - dicelur
- Kacang panjang - dicelur
- Pucuk ubi - dicelur
- Taugeh - dicelur
- Sengkuang - dipotong memanjang
- Timun - dipotong
- Tauhu - digoreng
Nota: Versi tumbuk dibuat untuk rasa lemak dari kacang tanah.
Sumber: