Danmuji atau jeruk lobak putih merupakan sejenis makanan sampingan seperti kimchi. Untuk sebatang lobak, anggaran sukatan bahan-bahannya adalah air (400ml), cuka (150ml), garam (1 sudu kecil), gula (1-2 sudu besar), serbuk kunyit (1 sudu kecil), lada hitam (anggaran 10 biji) dan boleh tambahkan daun bay (2-3 helai).
Untuk resepi bonus iaitu jeruk timun, ia boleh diratah atau dimakan dengan nasi. Jeruk timun juga boleh diletakkan dalam burger daging atau sandwich.
Danmuji
Bahan-bahan:
- Lobak putih (3-4 biji) - buang kulit, basuh, hiris dan toskan
- Air
- Cuka
- Gula
- Garam
- Lada hitam (anggaran 10-15 biji)
- Serbuk kunyit
Semua bahan-bahan ini pemilik resepi letakkan secara agak-agak sahaja. Asalkan rasanya masam-masam masin manis secukupnya seperti rasa jeruk.
Cara-cara penyediaan:
- Rebuskan air dengan bahan-bahan lain kecuali lobak sehingga mendidih.
- Selepas mendidih, tutup api dan masukkan lobak. Kacau sedikit dan masukkan dalam bekas.
- Agak-agak telah sejuk, masukkan dalam peti ais. Simpan selama lebih kurang sehari dan sudah boleh dimakan.
Tips: Jika mahu, boleh campurkan 3-4 helai daun bay (daun salam) dalam air rebusan.
Resepi Bonus: Jeruk Timun Jepun
Bahan-bahan:
- Gula (1 cawan)
- Daun Dill - tidak wajib
- Bawang putih (anggaran 2 atau 3 ulas)
- Air (secukupnya)
Cara-cara penyediaan:
- Masak gula, cuka, garam dan daun Dill sehingga mendidih. Kemudian, tutup api dan sejukkan.
- Susun timun dengan cantik dalam balang kaca. Kemudian, tuang air rebusan tadi sehingga tutup semua timun.
- Letakkan bawang putih dalam balang tersebut. Siap. Boleh dimakan selepas sehari dijerukkan.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Kredit resepi: