Penulisan ini ditulis Dr. Syahr Musafir di laman Facebooknya dan pihak iluminasi mengulang siar penulisan ini untuk manfaat bersama.
Kematian seorang artis k-pop 'jenama' SHINee bernama Jonghyun diratapi seluruh dunia sehinggakan para peminat dari serata Malaysia berkumpul di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur secara besar-besaran nak merintihi pemergian artis kesayangan.
BESARKAN TEKS A- A+
Orang Cina, India dan pelbagai dengan latarbelakang Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya saya tak nak komenlah, tetapi apa pasal orang Melayu Islam yang pakai tudung litup pun join sekaki?
Dalam Islam, kita tak dilarang menghiburkan diri. Namun orang berakal akan faham bahawa setiap hiburan ada had dan limit tersendiri yang perlu dijaga dan dibatasi.
Satu aspek yang kita kena tegaskan adalah para remaja yang tak reti nak bezakan antara berhibur dengan obses pada artis k-pop. Sesetengah anak muda kita bukan setakat minat, tetapi sampai tahap mereka menTuhankan artis-artis k-pop ini dalam kehidupan mereka.
Bukan setakat tampal gambar dan poster di dinding, buku dan dompet, tetapi segala barang dipaparkan gambar artis kegemaran, tidur pun termimpi-mimpi, dalam doa pun menyebut nak kahwin dengan artis k-pop sekian-sekian, macam artis k-pop itu Tuhanlah.
Satu sudut pandang yang lain adalah betapa ibu bapa tak kisah anak-anak remaja ini yang obses pada dunia k-pop.
Saya hormat pada ibu bapa yang menasihat dan membantah para remaja yang gila k-pop ini, tetapi saya bangkang para ibu bapa yang sekaki sejiwa menyokong anak-anak mereka sendiri yang makan k-pop, tidur k-pop, segala benda k-pop.
Tolonglah faham anak-anak adalah untuk dididik menjadi masyarakat Muslim yang benar dan soleh, bukan nak suruh Melayu yang gilakan k-pop.
Eh, kau ni nak salahkan k-pop ke?
Tak, bukan nak salahkan k-pop. Tetapi nak sedarkan orang kita yang obses melampau dengan k-pop macam k-pop tu agama dan Tuhan.
Kita ajak berdoa untuk Palestin tak mahu, tetapi sanggup berhabis duit, masa, tenaga untuk join perhimpunan mendoakan artis k-pop. Orang sebegini kalau tak dengar nasihat secara lembut, memang layak dimarah kasi sentap!
Sikap gila k-pop ini membunuh!
Membunuh jati diri, membunuh iman dalam diri, membodohkan diri sendiri.
Susulan daripada itu, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, Mufti Perak, memberikan komen mengenai perkara ini.
"Tidak boleh. Haram kalau buat kerja macam itu. Kalau artis atau individu itu orang Islam, kita hadiahkan al-Fatihah. Kalau bukan Islam, takkan hendak doakan syurga pula?" ujarnya
"Sudahlah dia bunuh diri, kenapa hendak ikut budaya kafir? Buat apa?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Perkara tersebut yang merupakan budaya orang bukan Islam kini kian menjadi ikutan remaja Islam.
Wallahualam.