Oleh pada 10 Jul 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @hanaazraa & Instagram @puabu.official

      

Sebelum ini, kemelut rumah tangga antara PU Abu atau nama sebenarnya, Muhammad Abu Sufyan dan isteri pertamanya, Ain ‘Afini Latif berakhir dengan perceraian talak dua pada 16 Mei lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka beroleh seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun lalu.

Bagaimanapun, apa yang meniup ribut apabila usahawan kosmetik Hana Azraa yang kini merupakan isteri terbaru PU Abu, didakwa sebagai orang ketiga yang menyebabkan perkahwinan terdahulu pendakwah itu berantakan.

Terkini, selepas dua bulan menceraikan isteri pertamanya, Ain, PU Abu terus dihimpit kontroversi apabila Hana muncul dengan pengakuan mengejutkan kepada portal Mstar hari ini.

Hana mendedahkan perkahwinan mereka kini sudah berada di ambang perceraian. Ini kenyataan penuhnya:

     

pu abu nak cerai lagi hana azraa pula dedah pergolakan rumah tangga 2

Kredit foto: Instagram @hanaazraa

     

"Saya dan Abu kini dalam proses untuk bercerai. Kami dah tak tinggal sebumbung, dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah.

"Saya tak nak dikaitkan lagi dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya.

"Saya harap netizen tahu keadaan sebenar antara saya dan PU Abu... tak nak mereka salah faham tentang kami.

"Walau bagaimanapun, saya tetap doakan kebahagiaan PU Abu dan Ain serta anak mereka sampai ke syurga.

"Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik. Insya-Allah".

Sementara itu, PU Abu yang dihubungi portal berkenaan enggan mengulas lanjut, sebaliknya hanya menyatakan reaksi balas ringkas seperti berikut:

"Saya dan dia masih suami isteri".

     

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)