Rusia adalah negara terbesar di dunia, China adalah negara dengan penduduk yang paling ramai, dan Amerika Syarikat adalah yang terkaya.
Dan Maghribi pula, bukanlah kuasa besar global dan tidak terkenal, tetapi ia merupakan salah satu lokasi paling penting di dunia.
Semuanya disebabkan oleh fosforus.
Elemen fosforus adalah kritikal untuk tamadun manusia di mana tumbuh-tumbuhan memerlukannya tumbuh dan berkembang, manakala kita memerlukan tumbuhan dimakan.
BESARKAN TEKS A- A+
Tanah secara semulajadi mengandungi sejumlah fosforus yang tersedia untuk tumbuh-tumbuhan, tetapi setiap tahun, sebahagian daripadanya terhapus dari ladang-ladang melalui hakisan dan yang lain melalui tanaman yang menyerapnya.
Jadi, kita perlu menambahkan lebih banyak fosforus ke dalam tanah.
Ini dilakukan dalam bentuk tahi daripada haiwan ternakan yang makan tumbuh-tumbuhan, namun kita tidak mempunyai tahi haiwan yang mencukupi untuk menggantikan semua fosforus yang diperlukan untuk menanam makanan bagi populasi manusia yang semakin bertambah.
Nasib baik, terdapat sesetengah batu yang sangat kaya dengan fosforus, dan Maghribi adalah negara yang mempunyai sebahagian besar daripada batu ini yang kita mampu dapatkan.
Sebahagian besar fosforus sebenarnya berada di dasar lautan. Ini kerana batu-batu fosfat terbentuk lebih daripada berjuta-juta tahun disebabkan oleh mikroorganisma yang tinggal di laut mati dan badan-badan organisma yang kaya fosforus ini tenggelam ke dasar laut.
Ini berlaku di seluruh lautan, tetapi fosforus hanya tertumpu di dasar laut di beberapa tempat khas.
Di tempat-tempat ini terdapat banyak mikroorganisma, tidak ada sungai (yang akan mencairkan fosforus dengan mendapan lain), dan terdapat arus laut sekali-sekala yang membawa apa-apa mendapan ringan lain yang bukan fosforus.
Gabungan yang jarang berlaku ini membolehkan mendapan yang kaya dengan fosforus ini untuk tertumpu menjadi batu fosfat dan ia kebetulan berlaku di sepanjang lautan kuno yang merangkumi apa yang sekarang kita kenali sebagai Maghribi.
Hasilnya, Maghribi moden mempunyai hampir 75% daripada rizab fosfat yang boleh diakses di dunia. Jumlah ini belum pernah lagi dimiliki oleh mana-mana negara melibatkan apa-apa sumber sekalipun.
Sebagai contoh, China mempunyai sumber logam nadir bumi yang paling banyak di dunia, namun ia hanya merangkumi 36% sahaja daripada keseluruhannya.
Venezuela dan Arab Saudi pula merupakan negara dengan rizab minyak paling banyak di dunia tetapi kedua-duanya memiliki kurang daripada 20% rizab dunia.
Malah, Maghribi mempunyai begitu banyak batu fosfat yang dapat diakses di dunia sehinggakan tanpa rizabnya, manusia tidak berdaya untuk bertahan selama 100 tahun akan datang.
Dan walaupun Maghribi berkongsikan sumber ini dengan orang lain, manusia mungkin mempunyai sekitar 300 tahun.
300 tahun mungkin kedengaran agak lama, tetapi kita telah bergantung kepada pertanian untuk memberi makan kepada tamadun manusia beribu-ribu tahun.
Walaupun kita menemui satu lagi bekalan batu fosfat yang besar atau memikirkan cara untuk melombongnya dari dasar laut, ia akan habis juga akhirnya.
Pada ketika itu, kita boleh menunggu sehingga fosforus yang ada di ladang-ladang kembali mengalir ke lautan, sampai ke tempat istimewa itu dan tertumpu kembali untuk menjadi batu fosfat yang berakhir di bawah air.
Dan ini memerlukan berjuta-juta tahun yang mana kita semua mungkin telah pupus terlebih dahulu.
Oleh itu, jika kita bercadang untuk meneruskan tamadun manusia untuk tempoh yang akan datang, kita perlu menggunakan dan mengitar semula fosforus dengan lebih berkesan.
Rujukan:
1. The Atlantic
2. Minute Earth
3. PRI