Kredit foto: Instagram @floor88band
Lapan tahun sebelum mendaki populariti menerusi single 'Zalikha', kumpulan Floor 88 terlebih dahulu bermula dengan konsep indipendent (indie) menerusi karya lagu, 'Ku Ingin' dan 'Janji Si Pendusta'.
Terkini, menerusi posting Instagram, mereka mengesahkan bakal merakamkan semula dua buah lagu itu yang akan diberi nafas baharu sebagai tanda penghargaan kepada peminat.
“Ku Ingin dan Janji Si Pendusta merupakan dua buah lagu yang sering menjadi lagu utama Floor 88 selama 8 tahun sebelum Zalikha lahir dan menembusi pasaran aliran utama industri muzik tanah air.
"Lagu ciptaan sepenuhnya Falique (Ku Ingin) dan Achoi (Janji Si Pendusta) ini kini telah dirakamkan semula sebagai tanda penghargaan kami kepada rakan-rakan dan penyokong kami yang sentiasa ada bersama kami suatu ketika dahulu ketika zaman kami menyertai Battle Of The Band!" tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, katanya, dua single itu bakal menampilkan kejutan apabila mengetengahkan irama yang lain daripada yang lazim disajikan sebelum ini.
"Jangan terkejut ya adik-adik kerana rentaknya tak sama seperti Zalikha, Aqilah dan Roadblock Hatiku!" katanya.
Terdahulu, Floor 88 yang dianggotai Ayie Elham, Achoi, Falique, Eric Fuzi, Akram dan Amir mencipta nama menerusi single Zalikha, Aqilah dan Roadblock Hatiku (duet bersama Baby Shima).
Kredit foto: Instagram @floor88band
Lirik
Lagu: Ku Ingin
Penyanyi: Floor 88
Komposer: Falique
Lirik: Falique
Biarku sendiri
Menjalani hidup ini
Dugaan yang ku terima
Baru bermula
Dapatkah aku hadapi
Dugaan ini semua
Ku ingin lepas dari belenggu ini
Tak ingin lagi dari cengkaman ini
Haruskah aku terus begini lagi
Oh tuhanku
Maafkan aku
Dapatkah aku terima
Dugaan ini semua
Sumber berita: Instagram @floor88band