Kredit foto: Instagram Kucaimars
Lirik
Lagu: Jawab
Penyanyi: Kucaimars
Komposer: Hang Nadim & Laq
Lirik: Hang Nadim
Verse 1
Bertanya pada malam
Apa aku masih lagi tetap sama
Berbezakah antaraku dengan dia
Masihkah aku memenuhi mahuku
Verse 2
Aku bertanya siang
Adakah esok juga kisah yang sama
Terlambung-lambung dengan tipu dunia
Mencari cahaya ditegak sinaran
Pre-Chorus
Manakah
Falsafah asas kita untuk cinta
Chorus 1
Melihat kau sedang lena
Dibuai mimpi yang sementara
Kau tinggalkanku
Tak beralasan mengapakah
Chorus 2
Engkau yang telah merubah
Berkali-kali sakiti aku
Kau remuk hati
Tergamaknya kau mengapakah?
Kredit video: Youtube Warner Music Malaysia
Info
- Nama komersialnya, Kucaimars yang didakwa meniru nama penyanyi antarabangsa, Bruno Mars realitinya adalah gabungan bagi gelaran 'Kucai' diberikan cikgu disiplinnya di sekolah, manakala 'Mars' pula jenama coklat kegemaran beliau.
- Dia yang awalnya gemar menyanyikan lagu-lagu saduran di media sosial, kini mendapat perhatian komposer-komposer ternama yang berminat menawarkan single untuk dirakamkan. Antaranya Akim Ahmad, Aizat Amdan, Aepul Drama Band, Zimi Sofarz dan Adi 6ixth Sense.
- 'Jawab' yang menjadi pertaruhan sulungnya sebagai penyanyi, ciptaan komposer Hang Nadim (Akim Ahmad) dan Zimi Sofaz.
- Sesi rakaman di dalam studio mengambil masa seharian suntuk kerana dirinya gagal menyempurnakan penghayatan lagu seperti yang diharapkan hingga dimarahi Zimi berkali-kali.
- Senikata lagu ini mengisahkan seorang kekasih yang menduakan cintanya.
- Baru sahaja dimuatnaik pada 29 Mac lalu di Youtube, video muzik Jawab mencuri perhatian warganet dengan kini sudah mencecah 'hits' melebihi 100 ribu tontonan, juga trending di laman itu.
- Kucaimaras bakal tampil dengan single kedua yang lebih bersandar kepada citarasa muzik masa kini iaitu karya yang mengetengahkan rentak ‘catchy’.
Kredit foto: Instagram Kucaimars
Sumber: BH Online