Pada zaman dahulu, pihak Rusia atau lebih tepat lagi Soviet Union gemar menggunakan haiwan sebagai bahan ujikaji. Anjing biasanya menjadi pilihan mereka. Sebelum ini kami pernah berkongsi teknik peperangan Rusia dimana sekumpulan anjing telah dilatih sebagai skuad pengebom berani mati.
BESARKAN TEKS A- A+
Dalam bidang aeroangkasa juga, anjing sekali lagi dijadikan bahan ujikaji oleh pihak Rusia. Pada November 3 1957, seekor anjing yang diberi nama Laika telah dihantar ke angkasa melalui pelancaran satelit Rusia, Sputnik 2. Peristiwa ini terjadi kira-kira 4 tahun sebelum Yuri Gagarin menjadi orang yang pertama terbang ke angkasa.
Peristiwa bersejarah ini membolehkan Laika diiktiraf sebagai angkasawan pertama dunia.
Mengapa anjing dihantar sebagai angkasawan?
Pada ketika itu, pihak Rusia dan Amerika Syarikat masing-masing berlumba-lumba ingin menghantar angkasawan ke angkasa. Mereka mahu menjadi negara pertama yang menghantar angkasawan ke angkasa sebagai simbol kuasa besar mereka kepada negara-negara lain.
Penggunaan anjing yang comel dan fotogenik seperti Laika merupakan salah satu strategi pihak Rusia untuk mendapatkan perhatian daripada media massa dan wartawan. Ternyata strategi ini menjadi kerana gambar Laika sebagai calon angkasawan pertama tersebar luas pada ketika itu.
Selain itu, anjing juga dipilih kerana pihak Rusia tidak mahu mengambil risiko yang tinggi menghantar manusia dalam misinya yang pertama ini. Misi seperti ini tentunya berisiko tinggi memandangkan ianya adalah yang pertama di dunia. Maka, pemilihan seekor anjing untuk dijadikan sebagai bahan ujikaji sebagai angkasawan pertama dirasakan satu keputusan yang tepat bagi pihak Rusia.
Persoalan seterusnya, mengapa Laika dipilih?
Pemilihan Laika sebagai angkasawan pertama
Menariknya, Laika bukanlah seekor anjing daripada baka premium. Sebaliknya, Laika hanyalah seekor anjing liar berusia 3 tahun yang dikutip di jalanan di Moscow oleh pihak Rusia. Dalam usaha mencari anjing yang sesuai sebagai angkasawan pertama, pihak Rusia telah mengutip 6 ekor anjing liar di jalanan sekitar Moscow.
Setiap anjing ini akan dilatih sebagai angkasawan namun hanya seekor sahaja yang akan dipilih untuk dihantar ke angkasa. Namun, kerana beberapa ciri yang menarik yang ada pada Laika, Laika telah dipilih. Antara sebab pemilihan Laika adalah kerana ianya sangat jinak dan mendengar kata.
Faktor pemilihan Laika juga dikaitkan dengan rupanya yang comel dan fotogenik. Hal ini memudahkannya ianya mendapat perhatian para wartawan. Strategi ini dikatakan berjaya memandangkan gambar-gambar dan liputan mengenai Laika tersebar di media-media utama pada ketika itu.
Secara semulajadinya, seekor anjing akan mengangkat salah satu kaki belakangnya apabila ingin membuang air. Walau bagaimanapun, pihak Rusia dapati Laika tidak angkat mengangkat salah satu kakinya apabila membuang air. Ciri yang ada padanya ini dikatakan merupakan antara faktar utama mengapa ianya dipilih berbanding anjing lain. Pihak Rusia merasakan apabila diletakkan dalam satelit kelak, Laika tidak akan menghadapi kesukaran untuk membuang air.
Kontroversi kematian dan kematian yang menyedihkan
Sebelum pelancaran satelit Sputnik 2, pihak Rusia berjanji bahawa Laika akan pulang semula kebumi dalam masa 8 hari selepas mengelilingi bumi. Ternyata ianya hanyalah strategi Rusia untuk menjawab kontroversi penggunaan anjing dalam misi pelancaran Sputnikn 2. Malangnya, Laika mati hanya beberapa jam setelah satelit itu dilancarkan!
Kematiannya dikaitkan dengan pendedahan kepada sinaran matahari yang berlebihan. Satelit yang dinaiki Laika tidak mempunyai insulasi daripada sinaran radiasi matahari dan Laika dipercayai mati akibat pendedahan kepada radiasi yang tinggi daripada matahari ini. Malangnya, pihak Rusia ingin menyembunyikan fakta ini dan seringkali menyebarkan berita-berita palsu mengenai sebab kematiannya.
Pihak Rusia mengeluarkan kenyataan rasmi menyatakan bahawa Laika mati akibat keracunan makanan setelah berada seminggu di angkasa. Lima bulan kemudian, setelah mengorbit bumi sebanyak 2570 kali, akhirnya misi satelit Sputnik 2 tamat dan kembali ke bumi.
Kredit: