Oleh pada 05 Feb 2018 kategori

Cristiano Ronaldo adalah antara atlet terkaya di dunia, dengan pendapatan mingguan sebanyak £450,000 di Real Madrid. Beliau memperoleh banyak lagi melalui tajaan dan sumbangan - dari kontrak seumur hidupnya dengan Nike dan banyak lagi yang lain.

Walaupun begitu, bintang Portugal ini tetap melibatkan diri dalam melakukan banyak aktiviti amal untuk membantu golongan yang memerlukan dan berikut adalah 16 sebab mengapa Ronaldo dilihat sebagai seorang  atlet yang sangat pemurah berbanding semua atlet dari pelbagai jenis sukan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Kasut Emas Eropah

ronaldo menjual kasut emasnya di lelongan amal

Pada tahun 2011, Cristiano Ronaldo telah dianugerahkan Kasut Emas Eropah setelah menjaringkan 40 gol di bawah kendalian Jose Maurinho, walaupun pasukan Los Blancos hanya menamatkan musim tersebut di tempat kedua di La Liga dan tersingkir di separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Ronaldo memilih untuk menjual kasut emas tersebut untuk tujuan amal dari menyimpannya di dalam kabinet trofinya yang sudah penuh.

Kasut emas tersebut telah dijual dalam satu lelongan yang menyaksikan harganya di bida setinggi £1.2 juta. Hasil jualan tersebut telah digunakan untuk membina beberapa buah sekolah di kawasan yang musnah akibat perang di Gaza.

2. Ballon D'Or

ronaldo turut menjual trofi ballon d or miliknya untuk tujuan amal

Ronaldo sekali lagi menggunakan cara yang sama, kali ini dengan menjual trofi Ballon D'or yang dimenanginya pada tahun 2013 pada satu lelongan amal di London.

Majlis makan malam tersebut, diadakan untuk mengumpul dana kepada yayasan Make-A-Wish - yang memberikan harapan dan menunaikan impian kanak-kanak yang nayawa mereka terancam akibat pelbagai penyakit - telah mencapat tujuannya dengan jaya.

Trofi ballon D'or milik Ronaldo berjaya menyumbang sebanyak £530,000 untuk organisasi tersebut.

3. Menjadi duta

ronaldo merupakan duta kepada beberapa badan amal

Ronaldo terus menggunakan status globalnya sebagai kekuatan untuk melakukan kebaikan. Beliau adalah duta untuk tiga badan amal utama, Save the Children, Unicef ​​dan World Vision, dan telah berbicara lebih banyak lagi.Ketika berucap pada majlis penganugerahan Ballon d'Or 2014, Ronaldo membuat satu kenyataan tentang sekumpulan kanak-kanak penghidap leukimia yang pernah beliau jumpa.Sehingga hari ini, beliau terus memegang peranan dalam membela golongan tersebut.

pada tahun 2016, beliau telah menghantar satu mesej kepada kanak-kanak yang terkesan akibat konflik di Syria, dengan menggelar mereka sebagai "wira sebenar" dan menyebut "saya bersama anda."

Beliau turut membuat satu sumbangan secara rahsia kepada pertubuhan Save The Children dan meminta mereka supaya tidak mendedahkannya kepada umum.

Video Cabaran Ice Bucket - aksi tular yang berjaya mengaut beratus-ratus pound pada tahun 2014 - telah ditonton lebih dari beratus juta orang melalui platform media sosialnya.

4. Bonus kemenangan

bonus kemenangan miliknya turut dijadikan sumbangan amal

Ronaldo juga sangat bermurah hati dengan menyumbangkan wang yang diperoleh hasil daripada persembahannya yang cemerlang di padang.Pada tahun 2013, beliau dinamakan dalam UEFA Team of the Year - mendapat bonus sebanyak £ 89,000 dari badan pentadbir Eropah. Tetapi beliau tidak menggunakan wang tersebut, sebaliknya menyumbangkannya kepada Persatuan Palang Merah.Setahun kemudian, bintang Portugal ini memacu Real Madrid ke La Decima, iaitu kemenangan kesebelas mereka dalam Liga Juara-Juara, dan mendapat bonus £ 450,000 dari Los Blancos.Tetapi Ronaldo sekali lagi memutuskan untuk tidak melunaskan wang itu, sebaliknya berkongsi kepada tiga badan amal yang menjadikan beliau sebagai duta, iaitu Unicef, World Vision dan Save the Children.

5. Derma darah

ronaldo tidak bertatu untuk membolehkan beliau menderma darah

Pemain yang berusia 33 tahun itu, berbanding dengan ramai pemain bola sepak yang lain, tidak pernah membuat tatu di badannya. Semua ini adalah disebabkan Ronaldo kerap menderma darah dan terlibat dalam banyak kempen untuk menggalakkan orang lain melakukan perkara yang sama.Orang-orang yang bertatu masih boleh menderma darah, tetapi tidak boleh melakukannya selepas membuat tatu baru untuk mengurangkan risiko jangkitan.

beliau kerap menderma darah dan mengajak semua orang melakukan perkara yang sama Beliau berkata pada 2015: "Kita semua boleh membuat perbezaan dengan menderma darah."

Setiap satu sumbangan boleh memberi manfaat kepada tiga orang dalam keadaan kecemasan dan untuk rawatan perubatan jangka masa panjang ... Itulah sebabnya saya bersemangat ... untuk kepentingan pendermaan darah dan untuk menggalakkan orang ramai di seluruh dunia supaya menjadi penderma darah sepanjang hayat dan membantu menyelamatkan nyawa."

6. Bantuan untuk bencana alam

ronaldo memberi derma kepada mangsa gempa bumi di nepal

Ronaldo sekali lagi menderma sejumlah wang yang besar pada tahun 2015, untuk bantuan kepada rakyat Nepal yang terkesan akibat gempa bumi pada bulan April 2015.

Bencana alam yang dahsyat tersebut menyebabkan 9,000 kematian, mencederakan 22,000 lagi dan menyebabkan kerosakan yang tidak dilaporkan nilainya terhadap negara tersebut.

Dilaporkan Ronaldo telah menderma sebanyak £5 juta kepada bantuan bencana alam anjuran Save The Children, walaupun laporan tersebut masih belum disahkan dan dinafikan oleh badan amal tersebut.

7. Membantu pusat perubatan kanser

ronaldo bersama ibunya dolores

Ibu Ronaldo, Dolores Aveiro telah terselamat dari kanser payudara pada tahun 2007.

Bekas pemain Manchester United tersebut membuat keputusan untuk berterima kasih kepada pusat jagaan di Portugal yang telah merawat ibunya – dengan menambah £120,000 ke dalam simpanan mereka. 

8. Perjumpaan dengan anak yatim piatu

Di ibu negara Lebanon, iaitu Beirut, seorang penyokong kanak-kanak Real Madrid telah menjadi yatim piatu selepas ibu bapanya terbunuh akibat letupan bom bunuh diri.

Seorang wartawan tempatan telah menghubungi pasukan gergasi Sepanyol tersebut dan kanak-kanak ini telah dijemput ke sana.

Ia membawa kepada penghasilan satu video yang menunjukkan Ronaldo bermanja dan memujuk kanak-kanak tersebut yang menangis teresak-esak setelah berjumpa dengan hero kesayangannya.

9. Menolong seorang penyokong muda

ronaldo membantu nuhuzet guillen dengan menanggung perbelanjaan rawatannya

Kisah tentang Nuhuzet Guillen, kanak-kanak berumur 9 tahun yang menghidap kanser pada tahun 2009 telah menarik perhatian Ronaldo.

Selepas mendapat tahu tentangnya, Ronaldo menghantar pemandu untuk membawa keluarga kanak-kanak tersebut ke hotel di mana pasukan Real Madrid berada.

Selepas keluar dari lif, beliau dikatakan bergurau dengan anak muda tersebut: "Ada apa-apa yang ingin kamu katakan?"

Beliau turut mendedikasikan gol kepada Nuhuzet, menjemput kanak-kanak tersebut untuk menonton perlawanan di tempat duduk peribadinya, dan menghadiahkan jersi perlawanan kepada Nuhuzet.

Selepas bercakap dengan bapa Nuhuzet, Ronaldo mendapati bahawa tiada banyak cara yang boleh dilakukan untul menyelamatkannya, walaupun terdapat satu eksperimen rawatan di Amerika, yang dibiayai oleh beliau.

Apabila keadaan Nuhuzet bertambah buruk, Ronaldo menawarkan untuk membayar keseluruhan kos perubatannya, yang berjumlah ratusan ribu, dan dirawat di sebuah pusat perubatan swasta.

Ronaldo menanggung kos rawatan tersebut hampir setahun, sehinggalah kanak-kanak lelaki tersebut meninggal dunia pada bulan Mac 2013

10. Suka meluangkan masa

ronaldo sentiasa mempertahankan peminatnya yang menceroboh padang untuk berjumpa beliau

Ronaldo sentiasa menjadi sasaran peminat yang menceroboh ke dalam padang untuk bergambar dengannya.

Menyedari dirinya dianggap ikon kepada mereka, Ronaldo memilih untuk tidak mengabaikan mereka dan berhenti bermain untuk melayan mereka yang ingin bergambar dengan beliau.

Ia terbukti apabila Ronaldo telah beberapa kali 'menyelamatkan' penyokong-penyokongnya dari pengawal keselamatan yang 'kasar'

Ronaldo juga gemar berinteraksi dengn penyokong-penyokong di dalam stadium dengan menghadiahkan jersi perlawanan, menurunkan tandatangan dan mengambil gambar.

11. Menolong seorang lagi peminat muda

ronaldo membantu bayi yang sakit erik ortiz cruz

Pada tahun 2014, ibu kepada seorang lagi peminat kanak-kanak berusia 10 bulan, Erik Ortiz Cruz meminta Ronaldo untuk menyumbangkan jersi kepada anaknya, yang menghidap cortical dysplasia.

Kelainan pada otak tersebut menyebabkan bayi ini diserang sawan sehingga 30 kali sehari.

Setelah mendengar kisah penuh mengenai nasib bayi tersebut, Ronaldo membayar sebanyak £55,000 untuk pembedahan awal otak dan berjanji untuk menanggung semua kos jika terdapat sebarang rawatan susulan.

Beliau turut membantu untuk menambah wang perbelanjaan untuk Erik dengan menderma jersi yang ditandatangani untuk dilelong.

12. Patah tangan

Ketika perlawanan persahabatan pra-musim menentang Bournemouth, sepakan percuma yang dilakukannya telah tersasar ke arah penonton di Stadium Vitality.

Malangnya, sepakan itu mengenai seorang kanak-kanak berusia 11 tahun, Charlie Silverwood dan mengakibatkan tangannya patah.

Presiden kelab Florentino Perez membuat panggilan kepada Charlie, manakala Ronaldo pula menghadiahkannya jersi Real Madrid yang telah ditandatangani.

Dalam satu perlawanan Liga Juara-Juara sepakannya ketika sesi pemanas badan turut tersasar ke arah penonton dan menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki menangis.

Beliau bergegas ke arah tempat duduk penonton dan memberikan jersi latihannya kepada peminat muda tersebut.

13. Sahabat terbaik

ronaldo dan jorge mendes

Jorge Mendes, seorang ejen yang hebat menamakan Ronaldo sebagai 'best man' ketika perkahwinannya dengan gadis bernama Sandra pada tahun 2015.

Dan Ronaldo membuat keputusan untuk menghargai rakannya dari Portugal tersebut dengan bergaya, membeli seluruh Kepulauan Greek sebagai hadiah perkahwinan.

Pulau tersebut dikatakan bernilai hampir £40 juta.

14) Jemputan khas untuk Fernando

ronaldo turut memberi semangat kepada bekas pemain rangers fernando ricksen

Lagenda Rangers, Fernando Ricksen secara mengejut telah dikenalpasti menghidap 'motor neurone' pada tahun 2013.

Bekas pemain kebangsaan Belanda tersebut menggunakan kepada kerusi roda sepenuhnya dan bergantung kepada isterinya dan penjaga untuk menjaga beliau.

Setelah keadaannya tersebar luas, Rinaldo menghubungi pemenang kejuaraan scotland tersebut di media sosial untuk menjemput Ricksen dan keluarganya ke satu perlawanan di Bernabeu.

Ronaldo turut menghadiahkan jersi kepada pemain pertahanan kanan tersebut selepas satu kemenangan Liga Juara-Juara ke atas Legia Warsaw pada bulan Oktober 2016.

15. Menjadi rakan sepasukan yang terbaik

ronaldo menghadiahkan jam tangan kepada rakan sepasukan

Selepas La Decima, pemain-pemain Real Madrid bukan sahaja mendapat bonus kemenangan dari kelab, tetapi turut menerima hadiah istimewa dari Ronaldo.

Pemain terbaik kejohanan tersebut memutuskan untuk menganugerahkan jam tangan berharga yang setiap satu diukir nama pemain-pemain kepada semua rakan sepasukannya. 

Setiap satu jam tersebut dikatakan berharga £5,000.

16. Menjaga abang kandungnya

ronaldo bersama keluarganya

Bapa Ronaldo, Denis, bertarung dengan ketagihan alkohol selama beberapa tahun sebelum kematiannya pada tahun 2005.

Abang kandungnya Hugo Aveiro juga mengharungi situasi yang sama, ketagihan terhadap alkohol dan dadah.

Tetapi apabila Ronaldo semakin mahsyur, beliau memutuskan untuk campur tangan - dengan berjanji untuk mendedikasikan La Decima kepada abangnya itu jika beliau meninggalkan sikap buruknya tersebut.

Abangnya berjaya melakukannya dan kemudian masuk ke dalam padang untuk berkongsi kegembiraan dengan memeluk Ronaldo dengan penuh emosi selepas tamat masa permainan satu perlawanan.

Sejak itu, Hugo, yang 10 tahun lebih tua dari Ronaldo, kerap kali dilihat berada di samping Ronaldo di banyak acara dan majlis, termasuk di majlis penganugerahan Ballon d'Or 2016.

Ronaldo juga menjadikan Hugo sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas Muzium Ronaldo di Madeira, Portugal.

Jadi selepas ini jika ada sesiapa yang menyebut betapa mereka bencikan sikap Ronaldo di padang, fikirkan betapa banyak pula bantuan dan sumbangan beliau di luar padang.

Rujukan: www.thesun.co.uk




Hakcipta iluminasi.com (2017)