Setiap makhluk yang diciptakan Allah S.W.T pasti akan merasai kematian. Tiada siapa pun yang terlepas, termasuklah para malaikat sendiri.
Tugas mencabut nyawa diberikan oleh Allah S.W.T kepada malaikat Izrail. Namun setelah semua makhluk termasuklah malaikat-malaikat lain dicabut malaikat Izrail, ia merupakan giliran malaikat maut ini pula untuk nyawanya ditarik.
BESARKAN TEKS A- A+
Dan tugas terakhir untuk mencabut nyawa itu juga dilakukan oleh malaikat Izrail. Kerana ketaatannya kepada Allah S.W.T, maka malaikat Izrail mencabut nyawanya sendiri.
iluminasi.com kongsikan kisah bagaimana malaikat Izrail mencabut nyawanya sendiri.
Ketika sampai waktunya dan dengan izin Allah, malaikat Israfil akan meniup sangkakala yang menandakan berlakunya hari kiamat. Pada saat itu, semua yang bernyawa akan mati.
Sangkakala ditiup oleh malaikat Israfil sebanyak tiga kali. Tiupan pertama adalah bertujuan untuk menakutkan sesiapa sahaja yang masih hidup ketika itu.
Tiupan kedua adalah untuk mematikan segala makhluk di Bumi yang hidup manakala tiupan ketiga pula untuk membangkitkan semua yang telah mati.
Selepas malaikat Israfil meniup sangkakala, kesemua makhlum akan mati, kecuali malaikat Jibril, malaikat Izrail, malaikat Israfil dan Hamalatul Arsy (makhluk tertinggi).
Allah S.W.T kemudiannya memerintahkan malaikat Izrail untuk mencabut kesemua roh-roh malaikat-malaikat yang masih hidup.
Malaikat Izrail menjerit dengan sangat kuat
Setelah ketiga-tiga malaikat yang masih hidup tadi dicabut nyawa, hanya Allah S.W.T dan malaikat Izrail sahaja yang ada ketika itu.
Allah S.W.T kemudiannya berfirman,
"Hai Malakulmaut (malaikat izrail), tidakkah kamu mendengar FirmanKu, Kullu Nafsin Dza'iqatul maut, tidakkah engkau tahu setiap yang bernyawa itu akan merasakan mati."
Allah SWT berfirman lagi,
"Aku jadikan engkau untuk tugas itu dan engkau juga harus mati."
Riwayat lain menceritakan bahawa ketika Allah S.W.T mengarahkan malaikat Izrail untuk mencabut nyawanya sendiri. Dengan itu, malaikat Izrail pun pergi ke sebuah tempat yang terletak di antara syurga dan neraka.
Di situ, dia mencabut rohnya sendiri. Ketika rohnya dicabut, malaikat Izrail menjerit dengan tersangat kuat. Kuatnya jeritan itu sehinggakan jika masih ada makhluk yang hidup, pasti akan binasa kerana terlalu kuat.
Kemudian malaikat Izrail berkata:
"Sekiranya aku mengetahui betapa sakitnya ketika roh sedang dicabut, pastinya akau akan mencabut roh-roh orang mukmin dengan selembut-lembutnya,".
Kematian malaikat Izrail menandakan matinya semua makhluk ciptaan Allah, maka tinggal Allah S.W.T sahaja yang Maha Esa, Maha Kuasa dan segala-galanya.
Kebangkitan semula manusia
Sesudah itu, Allah S.W.T kemudiannya menghidupkan semula malaikat Israfil dan Hamalatul Arsy. Malaikat Israfil diperintahkan untuk meletakkan trompet sangkakala di mulutnya, dan menunggu perintah untuk meniupnya.
Seterusnya yang dibangkitkan semula adalah malaikat Jibril diikuti dengan malaikat Mikail.
Malaikat Jibril dan Mikail diarahkan untuk melawat makam Rasulullah S.A.W, bersama-sama dengan perhiasan-perhiasan syurga dengan menaiki Buraq.
Selepas Allah S.W.T menghidupkan semula penghulu segala manusia iaitu Nabi Muhammad S.A.W, barulah manusia-manusia lain dihidupkan semula.
Dalam keadaan telanjang bogel, semua daripada kita bangun dan berjalan menuju Allah S.W.T untuk menghadapi hari perhitungan.
Rujukan:
2. Dictio
3. Mana Berita