Dinie Shazwi seorang anak muda yang tidak pernah berputus asa dalam kehidupan. Dinie pernah gagal berkali-kali dalam dunia perniagaan. Namun, Dinie tetap bangun untuk membuat perubahan yang baru demi mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga. Dinie ingin berkongsi kisah kejayaan bersama semua pembaca iluminasi mengenai suka duka kisah perniagaan beliau.
Hari Raya 2015
Pada hari raya tahun 2015, Dinie mempunyai wang sebanyak RM400 sahaja.
BESARKAN TEKS A- A+
Tahun 2015 merupakan tahun kegagalan perniagaan Udang Mayo yang dusahakan selama hampir setahun. Dinie pernah dihina, dimaki dan dikecam hebat oleh pengguna sosial di dalam laman facebook Penduduk Sungai Petani sebelum ini disebabkan pernah menjual udang busuk.
Perniagaan Udang Mayo sangat popular dan viral beberapa kali di laman sosial facebook. Rasa Udang Mayo yang dihasilakan oleh Dinie sangat sedap setelah menemui 100 kali kegagalan mencipta resepi ini. Dinie hanya memerlukan 2 jam sehari untuk berniaga Udang Mayo yang viral ketika itu di Sungai Petani. Ada yang sanggup menunggu sebelum Dinie membuka gerai kerana tidak mahu ketinggalan menikmati keenakan Udang Mayo.
Punca kegagalan Udang Mayo adalah disebabkan oleh Dinie yang tidak pandai mengurus kos operasi dan terpaksa berhutang dengan ramai orang untuk menampung modal yang sedia ada. Ia merupakan kegagalan Dinie pada tahun itu.
Hari Raya 2016
Pada hari raya tahun 2016, Dinie mempunyai wang sebanyak RM185 sahaja.
Tahun 2016 merupakan tahun kegagalan perniagaan percetakan yang diusahakan oleh Dinie. Pada masa ini, Dinie masih baru belajar mengenai selok belok dunia percetakan. Disebabkan Dinie tidak begitu fokus dalam bidang ini, maka ia tidak mampu untuk bertahan lama.
Punca kegagalan adalah disebabkan Dinie terlalu memikirkan untuk membuat pelbagai lagi perniagaan. Itu merupakan kesilapan terbesar Dinie. Akibat terlalu obses untuk cepat menjadi kaya raya, Dinie gagal untuk mengatur strategi dan urusan jual beli dengan pelanggan.
Hari Raya 2017
Pada hari raya tahun 2017, Dinie mempunyai wang sebanyak RM300 sahaja.
Pada tahun 2017, bermula kehidupan Dinie sebagai agen penapis air dan udara syarikat Coway. Bapa angkat Dinie memberi sumbangan duit pendaftaran agen untuk melayakkan Dinie bergelar agen Coway.
Dinie hanya mampu untuk menjual satu unit penapis air Coway. Dinie berasa bersyukur sangat kerana ada jualan mesin penapis air Coway walaupun seunit. Mesin tersebut dibeli oleh Dinie sendiri untuk kegunaan keluarganya.
Apa yang Dinie dapat sepanjang tempoh 3 tahun itu?
- 3 tahun saya perit hidup dalam dunia perniagaan. Makan sampai terpaksa mencuri. Saya tak bayar. Saya juga meminta makan dengan kawan sana sini. Sampai merayu dengan kawan-kawan. Semua ini akibat kegagalan saya dalam perniagaan.
- 3 tahun hidup saya dicemuh orang. Boleh kata 100 orang yang saya jumpa, hanya seorang yang menyokong perjuangan saya. Terima kasih kepada yang seorang tu.
- 3 tahun hidup saya menumpang pejabat orang untuk dijadikan tempat tinggal. Manakala stesen minyak Petronas, surau dan masjid adalah singgahan yang tetap. Memang port tidur saya. Tapi, saya bersyukur saya dapat tidur dengan nyenyak.
- 3 tahun saya tak mampu beli baju raya untuk anak dan isteri. Saya pergi ekspo jualan, saya cuma tengok sahaja keluarga orang lain membeli belah untuk keluarga. Saya pergi ekspo ambil feel sahaja. Pujuk diri sendiri jangan putus asa.
- 3 tahun juga 90% hidup saya hasil dari bantuan orang lain. Idea dan cadangan orang lain. Walaupun saya kerap dikutuk, namun saya belajar sesuatu. Terima kasih kepada orang yang mengutuk saya dahulu.
Raya Dinie untuk tahun 2018
Alhamdulillah. Selama 3 tahun Dinie "bersekolah" dalam bidang perniagaan. Sekarang, kehidupan Dinie sudah mulai stabil. Dinie mula berniaga kerepek Pop Cheese dan jualan Pop Cheese amat luar biasa. Perniagaan ini berkembang dengan baik dan hebat.
Sekarang Dinie sudah tidak hidup merempat dan meminta-minta lagi. Sekarang, Dinie juga mula membayar secara ansuran hutang-hutangnya dan tidak meminta untuk berhutang lagi. Kehidupan Dinie ada perkembangan yang baik sekarang.
Dinie juga berharap supaya peniaga-peniaga di luar sana untuk tidak berputus asa walaupun pernah gagal berkali-kali. Selagi dapat memperbaiki kesilapan, maka baiklah sahaja. Selagi boleh berusaha walaupun sedikit, usaha sahaja. Walaupun ada yang ketawakan dan perli kita, bersabar sahaja kerana kemenangan perniagaan bermula dengan sabar.
Ucapan Takziah
Pihak iluminasi juga ingin mengucapkan salam takziah di atas kehilangan anak lelaki kesayangan Dinie Shazwi iaitu adik Muhammad Ammar Rizqi yang meninggal dunia pada hari ini jam 9.40 pagi , iaitu pada 20 Jun 2018 bersamaan dengan 6 Syawal 1439H. Al-fatihah.