Akhirnya, personaliti sensasi King Coco selamat melahirkan anak sulung.
Pendedahan tersebut dibuat di laman Instagram suaminya, Captain Azrin.
Difahamkan, pasangan ini menimang cahaya mata lelaki, semalam (8 November).
Malah, Coco sempat memuat naik video di laman sosial yang merakamkan penghargaannya kepada warga Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur kerana layanan baik yang diterima sepanjang berada di sana.
Anak pasangan ini yang diberi nama Putra Kyle Mateen dilahirkan pada 5.29 petang dengan berat 3.5 kg.
Menerusi ruangan komen, netizen mengucapkan tahniah dan tumpang gembira dengan berita itu.
Kredit foto: Instagram Captain Azrin & Instagram King Coco