Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 (SFMM34) minggu kedua di Sri Pentas 2, Shah Alam yang berlangsung malam tadi mengangkat lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel sebagai lagu terbaik, sekaligus menewaskan sepuluh lagu lain.
Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Kemenangan karya ciptaan sepenuhnya oleh Naim Daniel itu bagaimanapun tidak menjamin tempat ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).
Penentuan finalis AJL34 hanya akan didedahkan pada SFMM34 minggu ketiga, pada 29 November ini, selepas lapan lagi lagu dipersembahkan.
Minggu kedua SFMM34 turut disaingi Anta Permana dendangan Bob Yusof, Pujaan Hati (Adira), Rampas (Akim & The Majistret), Ku Bersuara (Ernie Zakri) dan Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip).
Termasuk Teguh Setia oleh Muna Shahirah, Ragaman (Fairuz Misran), Bekas Kekasih (Tomok), Pedih (Sarah Suhairi) dan Lembah Kesepian (Haqiem Rusli).
Karya yang dipertandingkan di peringkat separuh akhir dinilai oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Faizal Uzir (Lok U), Aubrey Suwito, Ajai, Datuk Syafinaz Selamat, Aznul Haidi, Edrie Hashim dan Azmeer selaku ketua juri.
Segmen selingan persembahan dijayakan oleh penyanyi lagenda, Dato' Hattan menerusi medley Rendang Tak Berbuah dan Kepadamu Kekasih.
Separuh akhir ketiga pada 29 November ini bakal mempertaruhkan lapan lagi lagu.
SFMM34 yang dikemudikan Haziq Hussni dan Sherry Alhadad, bersiaran secara langsung di saluran TV3, jam 9 malam, selama tiga minggu berturut-turut iaitu pada 15, 22 dan 29 November 2019.
Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Kredit video: [LIVE] Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 - Minggu 2 | #SFMM34