Oleh pada 02 Oct 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Konsert kedua Gegar Vaganza 10 (GV10) menyaksikan penyanyi Hady Mirza menakluki pentas dengan pungutan markah tertinggi iaitu 79.00%

Persembahannya yang kali ini mendominasi persaingan untuk minggu kedua, membawakan dengan cemerlang lagu "How Am I Supposed To Live Without You" yang terkenal dinyanyikan oleh Michael Bolton.

Sementara itu, Cliff Umar dan Suki Low tersingkir pada peringkat ini, disebabkan oleh prestasi mereka yang kurang memuaskan, seperti yang diputuskan oleh ketiga-tiga juri profesional.

Cliff yang cuba membuktikan keupayaannya dalam persembahan lagu "Laskar Cinta" (asal dinyanyikan oleh Dewa 19) dan Suki pula dengan Tak Ingin Usai (nyanyian asal Keisya Levronka) kelihatan tidak berjaya untuk memikat hati juri kerana masing-masing hanya berjaya mendapatkan markah sebanyak 53.25% dan 56.25%, menjadikan mereka terletak di dua tangga terendah.

        

gegar vaganza 16790

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Dalam pada itu, sekumpulan penyanyi ulung lain yang mempertaruhkan nasib mereka minggu ini juga termasuk Siti Nordiana, Zamani (Slam), Ezad Lazim (Exists), Jaclyn Victor, Naqiu (Boboy), Tomok (New Boyz), Ayai Illusi, Datuk Aishah, Azharina Azhar, Aliff Aziz (Singapura), Nikki Palikat, Liza Hanim dan Noryn Aziz.

Berikut adalah rekod markah yang diberikan oleh juri kepada mereka berdasarkan kualiti persembahan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam tadi.

       

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 10 (2023) Minggu Kedua

1. Hady Mirza (How Am I Supposed To Live Without You) - 79.00%

2. Jaclyn Victor (Sepi Sekuntum Mawar Merah) - 75.50%

3. Azharina Azhar (Ayah) - 74.50%

4. Liza Hanim (Setelah Aku Kau Miliki) - 73.00%

5. Datuk Aishah (Flashdance What A Feeling) - 69.50%

6. Noryn Aziz (Akhirnya Kini Pasti) - 69.25%

7. Nikki Palikat (Bersama Akhirnya) - 68.50%

8. Naqiu (Setahun Sudah Berlalu) - 66.75%

9. Siti Nordiana (Sepi) - 66.50%

10. Ayai Illusi (Bunga Pujaan) - 66.25%

11. Tomok (Malam) - 65.75%

12. Zamani (Sambutlah Kasih) - 65.50%

13. Aliff Aziz (Sampai Mati) - 65.25%

14. Ezad Lazim (Potret) - 60.50%

15. Suki Low (Tak Ingin Usai) - 56.25%

16. Cliff Umar (Laskar Cinta) - 53.25%

        

Tersingkir - Cliff Umar dan Suki Low

Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak - Tomok

       

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Ayai Illusi, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Biodata Penyanyi Azharina Azhar, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Senarai Peserta, Calon Hot Seat Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10), Himpunan Juara!

        

Dalam musim baru ini, tanggungjawab sebagai juri tetap dan pengkritik mingguan masih dipegang oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Edisi istimewa dinamakan 'All Stars Gegar Vaganza' yang juga dikenali sebagai 'Gegar Vaganza X' itu juga menampilkan hos terkenal, Nabil Ahmad, Elly Mazlein dan Jihan Muse sebagai pengacara program.

Rancangan ini telah menemui penonton Astro Ria (saluran 104) mulai 24 September 2023 yang lalu dalam konsert mingguan yang bersiaran secara langsung setiap hari Ahad pukul 9 malam.

GV10 juga boleh dinikmati secara dalam talian (online) menerusi perkhidmatan penstriman yang disediakan oleh syarikat televisyen berbayar ini, iaitu aplikasi Astro Go dan Sooka, serta platform On Demand menerusi Astro Box.

Bagi maklumat mengenai format penjurian, hadiah yang ditawarkan dan keterangan lengkap berkenaan GV10, rujuk artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 10 (2023)

        

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2023 Live + Minggu 2

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)