Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Persaingan minggu ketujuh Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) menyaksikan terhentinya perjuangan penyanyi Aju Success yang mendendangkan lagu Hanya Rindu dipopularkan Andmesh Kamaleng.
Aju hanya layak menerima markah 57.80% daripada juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim (Khadijah Ibrahim) bersama pelawak Saiful Apek dan penulis lirik, Ad Samad selaku juri jemputan.
Program realiti yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi itu antara lain memperlihatkan penguasaan penyanyi Oja mengungguli persaingan menerusi 'Amalina' nyanyian asal Santesh dengan markah 73.70%.
Turut menyemarakkan persaingan adalah penyanyi Cliff Umar, Noraniza Idris, Mus (May), Linda Nanuwil, Ayu Damit, Yantzen dan Ashira Aziz.
Markah dan kedudukan peserta adalah seperti berikut:-
Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu 8
Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu Ketujuh
1. Oja (Amalina) - 73.70%
2. Ashira (Sekilas Senyumanmu) - 69.70%
3. Noraniza Idris (Canggung) - 69.60%
4. Yantzen (Bunga) - 69.00%
5. Muss (Sembah) - 64.50%
6. Linda Nanuwil (Suci Dalam Debu) - 64.40%
7. Ayu Damit (Jejaka Idaman) - 58.80%
8. Cliff Umar (Rozana) - 58.20%
9. Aju Success (Hanya Rindu) - 57.80%
Anugerah Bintang Paling Power Miow tajaan Adabi (markah tertinggi) - Oja
Anugerah Next Level Digi (undian tertinggi) - Noraniza Idris
Anugerah CUCKOO Healthy Home (hashtag Twitter terbanyak) - Linda Nanuwil
Segmen Kongsi Rezeki - Artis 80-an, Zainal yang juga ahli kumpulan Rampa (menerima RM10,000)
Untuk mengetahui maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 7 (2020)
Nabil Ahmad dan Jihan Muse menggalas peranan sebagai pengacara GV7 yang ke udara di Astro Ria, siaran secara langsung pada setiap Ahad, jam 9 malam.
Kredit video: [LIVE] Konsert Gegar Vaganza 2020 Live + Minggu 7