Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Konsert minggu kedua pertandingan Big Stage musim kelima (2023) menghangatkan persaingan antara 13 penyanyi 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) yang beraksi di platform itu sebentar tadi.
Menerusi minggu bertemakan 'Flex Your Beat', penyanyi Isaac Voo diumumkan sebagai yang tersingkir selepas terperangkap dalam kumpulan peserta 'bottom three'.
Walaupun Naufal Azrin sepatutnya disingkirkan kerana mendapat undian yang rendah, juri bersetuju untuk menyelamatkannya melalui kuasa 'Imuniti X' dan memilih Isaac sebagai penggantinya untuk dikeluarkan.
Isaac yang dinilai vokalnya menyanyikan lagu Terhangat Di Pasaran dipopularkan Adam dan KRU, hanya berjaya meraih markah 36.33% daripada juri profesional.
Pertandingan mingguan yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam itu dikendalikan oleh dua juri tetap iaitu penyanyi Aina Abdul dan Ajai, dan turut disertai oleh juri jemputan Andmesh Kamaleng serta pelawak Ryan Bakery yang berperanan sebagai 'Presiden Netizen'.
Keputusan pemarkahan oleh barisan juri meletakkan Nadeera Zaini di kedudukan pertama setelah penampilan hebatnya menerusi lagu Levitating, rakaman asal Dua Lipa dan DaBaby, meraih markah tertinggi sebanyak 85.67%.
Di bawah adalah carta kedudukan dan markah setiap peserta untuk konsert minggu kedua.
Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Big Stage 2023 (Musim 5) Minggu Kedua
1. Nadeera Zaini (Levitating) - 85.67%
2. Waode (Nirmala) - 84.00%
3. Putera Muhammad (Janji Manis) - 68.67%
4. HoonDoo (Kudrat) - 67.67%
5. Coex (Satu Malam Di Temasek) - 61.33%
6. Firdaus Rahmat (I Ain't Worried) - 60.00%
7. Farhan Shah (Mercy) - 58.67%
8. Puteri Khareeza (Ayang) - 42.33%
9. Meer Nash (Mashup Flowers & Flower) - 41.33%
10. Dem Lepak Boyz (Bad) - 41.00%
11. Naufal Azrin (Generasiku) - 38.00%
12. Aufahanie (Nang) - 37.00%
13. Isaac Voo (Terhangat Di Pasaran) - 36.33%
Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 3 (Musim 5)
Baca: Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 3 (Musim 5)
Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2023 (Konsert Mingguan Dan Akhir)
Baca: Biodata Rina Nose, Pengacara Big Stage 2023 (Musim 5)
Nadeera Zaini telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik yang ditentukan oleh juri. Beliau menerima hadiah wang tunai berjumlah RM3000. Manakala, Anugerah Persembahan Paling Pa-Wa yang dipilih oleh penonton melalui undian, diberikan kepada Isaac Voo, dibawakan oleh WAWA Kosmetik dengan ganjaran wang tunai sebanyak RM1000.
Seramai 12 peserta berjaya layak untuk melangkah ke konsert seterusnya. Antara mereka ialah Nadeera Zaini, Putera Muhammad, Firdaus Rahmat, Puteri Khareeza, Aufahanie, Naufal Azrin, Meer Nash, HoonDoo (duo Korea Selatan), Waode (Indonesia), Farhan Shah (Singapura), Dem Lepak Boyz (duo) dan kumpulan COEX.
Untuk keterangan mengenai format penjurian, hadiah dan butiran penuh rancangan Big Stage Musim 5, rujuk artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 5 (2023)
Konsert Big Stage 2023 disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria. Acara ini dihoskan oleh Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) dan Rina Nose, dan tayangan setiap hari Ahad bermula pada pukul 9 malam.
Untuk penonton yang ingin menikmati tontonan dalam talian, gunakan platform Astro Box atau aplikasi Astro Go dan akses On Demand untuk menyaksikan konsert tersebut.
Kredit video: BIG STAGE 2023 LIVE + MINGGU 2