Alam yang terbentang luas sehingga kini belum diketahui apa sepenuhnya rahsia di dalamnya. Berdasarkan apa yang kita tahu dan faham, jika dibandingkan saiz bumi kita dengan alam - bumi hanyalah ibarat sebiji pasir halus yang tidak signifikan.

Apatah lagi selepas kita tahu sistem solar kita hanyalah salah satu daripada lebih 3,200 sistem mirip serupa, yang tidak kita ketahui semua kisahnya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Galaksi yang kita duduki pun belum habis diterokai lagi. Dikenali sebagai 'milky way' dalam bahasa Inggeris atau 'bimasakti' dalam bahasa Melayu - pasti ramai pernah menyebut salah satu namanya.

Walaupun begitu pernahkah anda terfikir kenapa nama 'Milky Way' yang digunakan dalam bahasa Inggeris dan kenapasusu yang terpilih sebagai elemen namanya?

Asal-usul istilah 'Milky Way'

dewi hera orang yunani

Selain digunakan bagi menamakan galaksi 'kediaman' kita, 'milky way' juga digunakan dalam bermacam cara berbeza khasnya sebagai jenama - dengan coklat 'Milky Way' merupakan antara produk paling popular.

Tetapi sekiranya kami ceritakan kepada anda sejarah dari mana datangnya istilah ini, besar kemungkinan ramai di antara kita akan berusaha untuk berhenti menggunakannya.

Kenapa?

Ini kerana nama 'milky way' berkait dengan mitologi kepercayaan orang Yunani. Terdapat beberapa versi mitos berbeza yang sering dikongsikan sebagai rujukannya, namun satu kisah dalam koleksi tulisan bernama 'Geoponica' kerap dijadikan rujukan.

Kisah tersebut menceritakan tentang Dewa Zeus yang membawa anaknya yang masih kecil bernama Heracles/Hercules ke singgahsananya, hasil hubungan sulit Zeus dengan seorang manusia biasa bernama Alcmene. 

Menyedari Heracles memerlukan susu badan, Zeus meletakkan anaknya itu di sebelah isterinya Dewi Hera yang sedang nyenyak tidur. Heracles yang lapar mula menyusu dengan bersungguh-sungguh pada payu dara Hera sehingga mengakibatkan Hera terjaga.

Terkejut mendapati Heracles yang sangat dibencinya kerana kecurangan Zeus sedang menyusu, Hera bingkas menarik payu daranya mengakibatkan susu yang sedang diminum Heracles tersembur keluar.

Titis-titis susu yang terapung itu akhirnya membentuk lengkungan galaksi yang kita gelarkan 'Milky Way'. 

Eh? Apa dia? 

panorama milky way galaxy with stars and space dust royalty free image 1623176828

Kisah di atas pasti agak mengelirukan, sekiranya dibaca begitu saja kerana gagal menerangkan hubungan di antara nama 'Milky Way' dan apa yang berlaku dengan jelas. 

Dalam mitos-mitos lama masyarakat Yunani, istilah galaksi yang terbentuk hasil percikan susu Dewi Hera itu dirujuk sebagai galaxias kyklos yang membawa makna 'sebuah lengkungan susu.'

Istilah Yunani itu diterjemahkan ke dalam bahasa Latin sebagai 'via lactea' atau 'lengkungan susu', yang kemudiannya dipinjam ke dalam bahasa Inggeris melalui beberapa peringkat perubahan. 

Pada awalnya 'milky way' ditulis sebagai 'milken-way' dan juga 'milky cercle', merujuk kepada rupa bentuk galaksi yang seakan-akan susu tertumpah di langit.

Pada abad ke 14 barulah istilah 'milky way' dengan ejaan sedemikian digunakan secara rasmi bagi merujuk kepada galaksi yang kita duduki dalam bahasa Inggeris.

Sekiranya anda perasan, istilah 'galaksi' juga datang dari istilah awal Yunani itu, diambil daripada 'galaxias' yang membawa makna bulatan/lengkungan.

Bukan semua pihak guna istilah 'Milky Way' 

milky way asal usul

Walaupun penggunaan bahasa Inggeris mempopularkan penggunaan istilah 'milky way' di kalangan orang ramai, bukan semua ahli masyarakat dunia mengamalkan penggunaan istilah ini. 

Kita dan orang Indonesia menggelarkan galaksi kita sebagai 'bimasakti', orang Sepanyol menamakannya sebagai compostela atau lapangan bintang. Masyarakat Thailand menamakan galaksi kita sebagai 'laluan gajah putih.'

Masyarakat Vietnam, Korea, Jepun dan China menamakan galaksi kita sebagai Ginga atau 'Sungai Perak'.

Walau demikian majoriti masyarakat dunia memilih untuk menggelarkan galaksi yang kita duduki dengan variasi nama 'milky way' yang diseiringkan dengan bahasa tempatan, mengekalkan elemen 'susu' yang ada; seperti Melkeveien di Norway atau Milchstrasse di Jerman.

Besar kemungkinan tidak ramai menyedari 'susu' atau 'milk' dalam istilah itu merujuk kepada susu badan Dewi Hera, disebabkan kita sudah terbiasa menggunakannya tanpa menyedari mitos di sebalik asal-usul namanya.

Jika anda tertanya kenapa kita menamakan galaksi kita sebagai Bimasakti, tunggu artikel seterusnya!




Hakcipta iluminasi.com (2017)