Kredit foto: Instagram Izreen Azminda
Pelakon Izreen Azminda akui lebih selektif dalam pemilihan watak untuk kerjaya lakonannya.
Jika suatu ketika dahulu, Izreen menerima hampir segala tawaran demi menyara keluarga, namun di usia 32 tahun dan memegang status ibu tunggal kepada seorang anak, dia kini mengambil pendekatan yang berbeza.
Kredit foto: Instagram Izreen Azminda
Sepanjang terbabit dalam lakonan, semua watak sudah dilakonkan. Bermula antagonis, baik sehinggalah komedi. Saya juga perlu selektif untuk menjaga kualiti lakonan sedia ada. Sebelum terima tawaran berlakon, saya akan baca sinopsis dulu dan memahami watak terlebih dulu.
Sumber: Harian Metro
Bagaimanapun Izreen tidak meletakkan sebarang syarat terhadap pelakon gandingannya.
Kredit foto: Instagram Izreen Azminda
Ketika mula berlakon dulu pun, saya juga menanti peluang untuk bergandingan dengan pelakon ‘senior’. Oleh itu, saya tidak ada masalah digandingkan dengan mana-mana pelakon baru. Kalau pelakon baru itu berlakon seperti ‘kayu’ di lokasi pun saya tiada masalah dan boleh membantunya sedikit sebanyak untuk memperbaiki lakonan dan memudahkan kerja.
Sumber: Harian Metro
Menyedari statusnya yang kini bergelar ibu memaksa Izreen mengehadkan waktu kerja dan enggan memberi komitmen untuk lokasi penggambaran yang jauh.
Saya juga membataskan waktu penggambaran di set sehingga jam 12 tengah malam saja. Selain itu, saya juga menolak projek drama yang memerlukan saya ‘out station’ kerana tidak mahu berjauhan dengan anak. Sebelum ini, saya terlalu sibuk bekerja sehingga terlepas saat indah melihat dia membesar depan mata. Maklumlah, bekas suami juga sibuk bekerja di lokasi dan dia juga tidak dapat selalu bersama anak.
Sumber: Harian Metro
Dalam perkembangan lain, Izreen bakal terlibat dalam penggambaran drama 13 episod untuk stesen televisyen RTM, gandingan bersama aktor Zamarul Hisyam bermula awal September ini.