Kredit foto: rojakdaily.com

Akhirnya, selepas 14 hari ditayangkan, filem adiwira Badang oleh sutradara Profesor Datuk Dr. A. Razak Mohaideen, hanya mampu berpuas hati dengan jumlah kutipan keseluruhan sebanyak RM74,148.67 (menurut laman web Finas).

Ia tentu sahaja menghampakan harapan penerbitnya, FiTA Studio Sdn Bhd yang ingin melakar rekod pecah panggung.

Bahkan, sewaktu filem sensasi ini ditayangkan lagi iaitu sejak 15 Februari lalu, rata-rata pihak menyuarakan kritikan terhadap kualiti penghasilannya yang disifatkan teruk.

Menerusi respon balas yang dikumpul oleh Internet Movie Database (IMDB) pula mencatatkan penilaian yang amat rendah iaitu hanya 1/10. Lebih mengecewakan, kurang daripada 10 peratus penonton yang berpuas hati dengan filem ini.

Filem berkos RM2.2 juta itu dibintangi jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri selaku teraju utama bersama penampilan pelakon Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Aminah Rhapor dan lain-lain.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)