Untuk memastikan kelangsungan keturunan, sesuatu spesis itu harus membiak dan jika tidak, ia akan pupus dari muka Bumi. Namun hal ini tidak berlaku bagi haiwan yang dipanggil baghal.
Baghal adalah kacukan kuda betina dan keldai jantan. Sebagai anak kepada kuda betina dan keldai jantan, baghal kuat seperti kuda dan mewarisi postur keldai yang gagah.
Dan walaupun ia berkongsi pelbagai persamaan dengan ibu bapanya, baghal tidak boleh membiak.
BESARKAN TEKS A- A+
Kegagalan pada kromosom
Istilah hibrid atau kacukan mempunyai pelbagai makna dalam biologi.
Antara salah satunya kacukan interspesifik, iaitu penyatuan antara dua spesies yang berlainan dalam sub-keluarga (genera) yang sama.
Baghal adalah kacukan interspesifik keldai dan kuda, yang mana masing-masing adalah dua spesies yang berbeza iaitu Equus asinus dan Equis ferus, tetapi tergolong dalam genus yang sama iaitu Equus.
Kedua-dua spesies itu cabang keturunan nenek moyang yang sama sekitar 4 hingga 5 juta tahun yang lalu.
Dalam tempoh 4 juta tahun itu, susunan genetik kuda dan keldai berubah dengan begitu ketara. Antara salah satu perbezaan di antara kedua-dua spesis ini adalah jumlah kromosom yang dimiliki.
Keldai mempunyai 62 kromosom manakala kuda pula memiliki 64 kromosom.
Apabila kuda betina dan keldai jantan mengawan, baghal yang dilahirkan menerima 32 kromosom dari ibu (kuda) dan 31 kromosom dari bapa (keldai).
Kromosom yang berlainan adalah "resipi" yang tidak baik bagi organisma.
Dalam keadaan normal, apabila individu dari spesies yang sama mengawan antara satu sama lain, ibu dan bapa masing-masing memberikan bilangan kromosom yang sama.
Oleh itu, ketika dua ekor kuda mengawan, kedua-dua kuda jantan dan betina dan kuda ayah masing-masing memberikan 32 kromosom, menjadikan jumlah kromosom kepada 64, yang merupakan jumlah kromosom normal bagi seekor kuda.
Perkara yang sama juga berlaku apabila keldai mengawan antara satu sama lain.
Selain tidak mempunyai bilangan kromosom yang sama, kuda dan keldai juga tidak mempunyai gen yang sepadan.
Ahli spesies yang sama mempunyai gen serupa yang terletak pada kedudukan yang sama pada kromosom.
Gen ini mengandungi maklumat mengenai bagaimana untuk "menghasilkan" organisma dan kedua-dua pasangan kromosom bekerjasama.
Akan tetapi, DNA kuda dan keldai tidak sepadan dalam segala aspek.
Meiosis dan kromosom tidak sepadan
Bagi seekor baghal jantan dan betina untuk mengawan dan menghasilkan anak baghal sendiri, kedua-dua baghal dewasa ini perlu menghasilkan gamet.
Gamet, telur dan sperma, dihasilkan melalui sejenis pembahagian sel yang disebut sebagai meiosis.
Ketika proses meiosis, sel diploid (pasangan kromosom normal) terbahagi kepada sel haploid (hanya separuh bilangan kromosom).
Maka, sperma atau telur kuda akan mengandungi 32 kromosom, separuh daripada 64 kromosom normal dari sel kuda normal.
Ideanya adalah untuk membahagikan kepada dua bahagian kromosom supaya apabila sperma dan telur menyatu, embrio akan memiliki jumlah kromosom yang normal.
Bagi mengurangkan separuh bilangan kromosom, sel tersebut menjalani pembahagian sel sebanyak dua kali.
Untuk kali pertama, jumlah DNA berganda dan sel-sel ini membahagi.
Untuk peringkat ini berlaku, DNA yang berganda ini perlu menyelaraskan dirinya dengan pasangan yang sepadan, yang kemudiannya dipisahkan dalam langkah-langkah berikutnya untuk menghasilkan sel haploid.
Bagi haiwan kacukan steril seperti keldai, proses ini boleh terganggu dan kerumitan berlaku di beberapa tempat yang berbeza.
Antaranya adalah kromosom gagal menyelaraskan dengan betul pada tahap pertama meiosis, yang mana mungkin disebabkan oleh ketidaksepadanan antara kromosom kuda dan keldai.
Tanpa pasangan DNA yang sepadan, proses meiosis selebihnya tidak dapat berlaku, dan ini bermaksud tidak ada telur atau sperma yang "berjaya".
Selain daripada perbezaan urutan DNA, baghal juga mempunyai kromosom kuda yang "kesepian" (32 kromosom kuda - 31 kromosom keldai = 1 kromosom lebih dari kuda).
Menurut beberapa andaian penyelidikan, kromosom tambahan ini mungkin menjadi penyebab mengapa keldai tidak subur atau mandul.
Walaupun mekanisme genetik dan molekul kemandulan baghal masih sukar difahami, saintis telah menemui gen yang mungkin terlibat.
Beberapa gen pada kromosom Y yang terlibat dalam pembentukan sperma kuda dan keldai jantan tidak terkawal dalam testis baghal.
Baghal betina subur?
Apa yang menarik adalah, terdapat bukti tidak rasmi tentang baghal betina hamil dan kadang-kadang berjaya melahirkan anak bahgal. Namun kebanyakan daripada kes-kes ini melibatkan kesilapan yang remeh.
Dalam kes ini, baghal betina mungkin "menculik" anak kuda atau keldai, atau kesilapan penternak.
Namun begitu, hanya terdapat beberapa kes sebenar di mana baghal betina melahirkan anak.
Dalam kes di mana keldai biasanya adalah bapa, anak yang dilahirkan mempunyai profil kromosom baghal, yang bermaksud ia mempunyai 63 kromosom.
Bagi kes-kes yang tersangat jarang berlaku seperti ini, telur berjaya dihasilkan dengan meninggalkan set DNA bapa dan hanya mewarisi DNA ibu.
Ini bermakna anak baghal betina yang dilahirkan juga merupakan adik kepada ibunya sendiri. Pelik dan dahsyat, kan?
Haiwan kacukan lain alami perkara sama
(Zedonk)
Sama seperti baghal, terdapat banyak haiwan kacukan yang membuatkan para saintis bingung dengan kewujudan haiwan-haiwan ini.
Dalam keluarga Equus, terdapat "hinny" (kacukan kuda jantan dan keldai betina), zedonk (kacukan kuda belang dan keldai) dan zorse (kacukan kuda belang dan kuda biasa). Semua spesis kacukan ini juga tidak boleh membiak seperti baghal.
Pada awal tahun 2000-an, baghal pertama telah diklon dan ini merupakan kejayaan pertama selepas 305 percubaan gagal
Mengklonkan keldai dan haiwan peliharaan lain membantu para saintis memahami bagaimana sel-sel berfungsi dan tumbuh.
(Zorse)
Para saintis berharap bahawa usaha ini akan membantu usaha pemuliharaan untuk melindungi spesies yang terancam termasuklah kuda belang.
Walaupun baghal ketinggalan zaman, namun tetapi sumbangan haiwan ini terhadap peradaban manusia adalah sangat penting.
Dan walaupun mandul, baghal terus membantu sains memahami dan mungkin menyelamatkan spesis lain di Bumi.
Rujukan:
1. Journal of Equine Veterinary Science
2. The Tech
3. Science
4. BND