Jika terdengar perkataan "algoritma", pasti kita akan beranggapan bahawa istilah ini sebagai sesuatu yang baru. Namun hakikatnya adalah istilah ini telah wujud sejak 900 tahun yang lalu.
Perkataan algoritma berasal dari nama seorang jenius matematik Islam Parsi iaitu Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi.
Beliau dilahirkan sekitartahun 780 di rantau yang kini dikenali sebagai Uzbekistan. Nama beliau mencadangkan bahawa beliau berasal dari kawasan bernama Khwarizm.
BESARKAN TEKS A- A+
Dikenali sebagai al-Khwarizmi, beliau adalah pengarah di House of Wisdom, sebuah pusat intelektual untuk para ulama di Baghdad abad ke-9.
Beliau telah memberikan sumbangan inovatif kepada matematik, astronomi, geografi dan kartografi, serta menulis sebuah buku yang berpengaruh yang dipanggil "Concerning the Hindu Art of Reckoning".
(Contoh algoritma)
300 tahun kemudian, buku ini ditemui semula dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Ia memperkenalkan angka-angka Hindu-Arab ke Barat, yang akhirnya menggantikan sistem nombor Roman yang kurang praktikal.
Sistem nombor Hindu-Arab, bersama-sama dengan titik perpuluhan yang mana kedua-duanya dinyatakan oleh al-Khwarizmi dalam bukunya, adalah asas nombor yang kita gunakan di seluruh dunia pada hari ini.
Nama Al-Khwarizmi jika diterjemahkan kepada Latin dalam tajuk buku itu, menjadi "algoritm"i.
Dan inilah asal-usul perkataan algoritma. Dunia juga perlu berterima kasih kepada al-Khwarizmi atas sumbangan perkataan "algebra" yang berasal dari satu lagi karya beliau.
Buku-buku beliau telah merevolusikan matematik di Barat dan menunjukkan bahawa masalah yang rumit mana sekalipun dapat dipecahkan menjadi bahagian yang mudah dan diselesaikan.
(Manuskrip Algebra - Perpustakaan Bodleian, Oxford)
Dalam bahasa Latin abad pertengahan, "algorismus" membawa maksud sistem nombor perpuluhan. Menjelang abad ke-13, ia telah menjadi perkataan Inggeris dan telah digunakan, sebagai contoh, oleh penyair Inggeris iaitu Geoffrey Chaucer.
Hinggalah ke abad ke-19, barulah perkataan algoritma membawa maksud "satu set peraturan langkah demi langkah untuk menyelesaikan masalah".
Pada awal abad ke-20, Alan Turing, ahli matematik dan saintis komputer Inggeris, mencadangkan dalam teori bagaimana mesin boleh mengikuti arahan algoritma dan menyelesaikan matematik kompleks.
Hal ini membawa kepada kelahiran zaman komputer. Semasa Perang Dunia Kedua, Alan Turing membina sebuah mesin yang dipanggil Bombe, menggunakan algoritma untuk memecahkan kod Enigma.
(Bombe ciptaan Alan Turing berdasarkan algoritma)
Dan pada hari ini, algoritma adalah istilah yang agak biasa walaupun ada di antara kita yang masih tidak tahu apa itu algoritma.
Algoritma ada di mana-mana ketika ini dari membantu kita bergerak dari titik A ke B, memandu carian internet hinggalah membuat cadangan perkara dibeli, dikongsi atau ditonton.
Malah, algoritma juga boleh digunakan untuk meramal parti mana yang kita akan mengundi atau dengan siapa kita akan jatuh cinta.
Perkataan ringkas yang berasal dari zaman pertengahan Parsi ini secara beransur-ansur mengubah hidup kita.
Rujukan: