Hari demi hari, jumlah sampah di Bumi semakin bertambah dan ia semakin memburuk.

Jadi, idea untuk menghantar semua sampah-sampah ini ke angkasa kedengaran seperti jalan penyelesaian yang sangat mudah dan jelas. 

Lagipun, manusia telah pergi ke angkasa sejak tahun 1950-an lagi, sudah tentu hal ini amat mudah bagi kita. pastinya kini lebih mudah berbanding sebelum ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebenarnya, ia boleh dilakukan tetapi bukan sesuatu yang mudah.

Operasi seperti ini sudah tentunya menelan kos yang tinggi dan memerlukan berjuta-juta roket dilancarkan setiap tahun.

Ia bukan sahaja akan merosakkan persekitaran global tetapi juga boleh menghalang perjalanan ruang masa depan.

Ini jika kita ambil kira bahawa semuanya berjalan dengan lancar. Sejak permulaan umur angkasa lepas, sebanyak 5,038 roket telah dilancarkan ke angkasa lepas.

sampah sarap di bumi yang semakin membimbangkan

Kita telah menghantar kapal angkasa sehingga ke Neptun dan pada tahun 2018, NASA menghantar penyelidikan ke atmosfera luar matahari.

Oleh itu, secara teori, sistem suria sudah tersedia untuk kita melupuskan sampah-sarap yang ada di Bumi.

Sebagai contoh, jika kita menggunakan roket Ariane 5 yang mampu membawa muatan sehingga 7,000 kg ke titik stabil di orbit Bumi, ia menelan belanja kira-kira RM800 juta. 

Tetapi oleh kerana manusia menghasilkan 1.2 trilion kilogram sampah setiap tahun, maka kita perlu melancarkan kira-kira 168 juta roket Ariane 5 setiap tahun untuk memastikan dunia kita bebas sampah.

Dan kos untuk merealisasikan impian kita ini adalah sebanyak RM138 quadrilion.

pelancaran roket ariane 5

Dan disebabkan KDNK keseluruhan negara di dunia adalah RM322 trilion sahaja, maka kita tak mampu untuk menampung kos ini.

Malah, kita bukan sahaja tak cukup dari segi kewangan tetapi juga dari segi sumber yang lain.

Pada tahun 2017, sebanyak 91 buah roket orbit dilancarkan ke angkasa lepas tetapi jika dibandingkan dengan pelancaran sebanyak 168 juta kali, angka ini adalah tersangat sedikit dan tak mampu untuk dicapai.

Jadi, jika kita ingin menghantar semua sampah kita ke angkasa lepas, kita perlu membina lebih banyak kapal angkasa dan pad pelancaran. Dan semua ini perlu dilakukan dengan cepat.

Tetapi jika kita mampu mencari cara untuk membina infrastruktur dan menampung kos yang diperlukan, ada beberapa perkara yang kita tak mampu kawal.

Sistem pelancaran angkasa Soyuz di Rusia adalah yang paling berjaya sepanjang masa dengan kadar kejayaan setinggi 97% yang bagi setiap 1,000 pelancaran.

serpihan di angkasa lepas

Kemudian, darabkan peratusan itu dengan 170 juta pelancaran, dengan setiap roket membawa lebih daripada 7,000 kilogram sampah.

Dengan ini, kadar kegagalan sebanyak 3% itu kelihatan sebagai satu masalah yang besar. Kemalangan yang mungkin berlaku setiap tahun mampu menyebabkan kesan yang buruk kepada atmosfera, laut dan juga tanah di Bumi. 

Itu belum lagi kita ambil kira tentang kematian dan kerosakan yang kita perlu hadapi apabila plastik dan logam (sampah-sarap) yang terbakar jatuh dari langit.

Bagaimana jika kemalangan dan pelepasan dari program sisa buangan ini menjadikan dunia kita tidak dapat dihuni lagi?

Pada tahun 1978, saintis NASA Donald J. Kessler membuat teori bahawa pengumpulan serpihan angkasa lepas dari masa ke masa boleh menjadi sangat padat, sehingga kita tidak dapat lagi menggunakan satelit.

Kita akan terperangkap dalam dunia toksik, dikelilingi oleh sampah kita sendiri dan kita akan mereput akhirnya.

Kalau boleh, kita tak mahu fikir ke mana semua sampah-sarap ini perlu pergi, kita hanya mahu ia hilang dari pandangan.

Rujukan:

1. Planets

2. PM

3. Universe Today




Hakcipta iluminasi.com (2017)