Oleh pada 18 Dec 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

‘Muzikal Lawak Superstar’ (MLS) merupakan sebuah rancangan realiti berkonsepkan muzikal komedi siaran saluran Astro Warna.

Musim kedua program yang menggunakan tagline "Dalam Komedi Ada Nyanyi" itu masih mengekalkan barisan peserta daripada kalangan pelawak, penghibur dan penyanyi yang bakal bersatu dalam menghidupkan pementasan muzikal komedi setiap minggu.

    

peserta muzikal lawak superstar 320

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Konsep

Setiap kumpulan berdepan tugasan persembahan berbentuk sketsa komedi muzikal berdurasi 3 hingga 5 minit setiap minggu, menerusi tema pelbagai lokasi, antaranya alam fantasi, majlis keramaian, institusi pendidikan, mercu tanda ikonik, negeri-negeri di Malaysia dan banyak lagi.

Mana-mana kumpulan yang berjaya menduduki tangga teratas dalam carta undian akan menerima habuan berupa kad imuniti, pemilihan giliran persembahan pada minggu berikutnya, pemilihan juri yang memberi komen pada persembahan mereka, selain berpeluang memilih ‘live props’ (seperti penari latar atau pelakon tambahan) selaku pembantu dalam persembahan mereka kelak.

   

peserta muzikal lawak superstar 2020 645

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Peserta

Seperti musim pertama, MLS menggunakan kuota ‘2 pelawak + 1 selebriti’ bagi setiap kumpulan.

Untuk senarai penuh para peserta yang terlibat, anda boleh baca artikel: Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2020 (Musim 2)

   

Juri

Penyanyi lagenda rock yang tidak asing lagi, Dato' Awie kekal memegang mandat sebagai juri tetap, dengan dipadankan bersama 'hero dan heroin Malaya' yang menjadi kegilaan ramai - tak lain dan tak bukan, aktres Fazura dan aktor Zul Ariffin.

   

Format Penjurian

Kriteria yang diambil kira dalam pemberian markah melibatkan tahap kreativiti sketsa komedi, kreativiti lirik serta dialog, lakonan dan persembahan pentas serta nyanyian yang didendangkan.

Konsep 'star' juga diguna pakai sebagai antara cara pengiraan markah yang mana pemberian 'star' akan dilakukan oleh barisan juri tetap - Dato’ Awie, Fazura, dan Zul Ariffin.

Menariknya, peminat juga mempunyai kuasa yang sama tara dengan para juri kerana format pemarkahan 50-50 antara juri tetap dan peminat.

Peminat dibenarkan mengundi sepanjang minggu menerusi saluran undian yang dibuka secara dalam talian.

Untuk maklumat lanjut tentang cara-cara mengundi, baca artikel: Cara Undi Peserta Muzikal Lawak Superstar 2020 (Musim 2)

    

Hadiah

Wang tunai RM150,000 menanti juara di peringkat akhir, manakala RM10,000 bakal didermakan mereka kepada badan kebajikan yang tertentu.

RM75,000 dan RM50,000 menjadi milik pemenang tempat kedua dan ketiga.

Tempat keempat bakal membawa pulang RM25,000.

   

Pengarah Muzik

Pemain gitar dan komposer ternama, Shah Nizam Abdul Halim yang juga dikenali ramai sebagai Shah Slam memegang peranan sebagai pengarah muzik.

   

Rakan Digital Dan Radio Rasmi

SINAR selaku radio rasmi berganding bahu dengan Zon Lawak (di bawah jenama Astro Gempak) sebagai rakan media rasmi.

    

Tempoh Siaran

Menemui penonton selama 12 minggu berturut-turut.

    

muzikal lawak superstar 987

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Pengacara

Nabil Ahmad dan Elly Mazlein menggamatkan pentas sebagai pasangan pengacara, manakala Izzue Islam dan Riena Diana hadir sebagai hos untuk Muzikal Lawak Superstar Live+ yang disiarkan di platform digital.

   

muzikal lawak superstar 2020 minggu 249

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Waktu Siaran

Ke udara secara langsung mulai 18 Disember 2020, setiap hari Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Warna.

Rancangan yang dibawakan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ini juga boleh dinikmati di aplikasi Astro GO dan secara strim di on demand.

Tidak ketinggalan, Muzikal Lawak Superstar Live +, sebuah program virtual bakal menghiasi saluran YouTube Astro Gempak mulai 18 Disember 2020, jam 8.30 malam. Program 60 minit ini mengetengahkan perbualan bersama para peminat bersama imbasan persembahan peserta.

   

Baca: Info Penuh Program Muzikal Lawak Superstar 2022 (Musim 3)

Baca: Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2022 (Musim 3)

Kredit video: [LIVE] Muzikal Lawak Superstar 2 Live + Minggu 1

   

Sumber:

1. ‘Muzikal Lawak Superstar’ Kembali Untuk Musim Kedua

2. Selepas bergelar pelakon dan penyanyi, Cik B cuba nasib jadi pelawak pula! Sahut cabaran di 'Muzikal Lawak Superstar 2'

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)