Kredit foto: Instagram Bambam Studios
Nasiya merupakan sebuah telefilem Malaysia 2021 bergenre 'dark islamik' arahan oleh sutradara Osman Ali.
Bersiaran di saluran Astro Citra pada 1 Mei 2021, antara pelakon yang terlibat termasuk Norzizi Zulkifli, Izuan Fitri, Elfira Loy dan Naque Ariffin.
Kredit foto: Instagram Bambam Studios
Sinopsis
Nasiya yang membawa maksud 'orang yang lupa'.
Sebuah cerita diinspirasikan daripada kisah benar mengenai kepincangan manusia dalam melalui kehidupan di bawah kuasa syaitan.
Kisah bermula apabila Ihyana melarikan diri daripada bekas suaminya, sebelum ditimpa kemalangan jalan raya.
Ihyana bagaimanapun telah diselamatkan oleh satu entiti luar biasa yang telah menukar kelakuannya.
Atas hasrat untuk lari dari kesengsaraan masa lampau, Ihyana telah bersekutu dengan sesuatu dalam mendapatkan kehidupan yang dihajatkan.
Kredit foto: Instagram Nuansa Film Production
Pelakon
Dibintangi Norzizi Zulkifli, Naque Ariffin, Izuan Fitri, Elfira Loy, Akmal Ahmad, Yusran Hashim, Ku Faridah dan Zack Zabhas.
Baca: Biodata Elfira Loy
Kredit foto: Instagram Nuansa Film Production
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Sebuah karya produksi Nuansa Sdn Bhd di bawah arahan sutradara Osman Ali.
Idea dan skrip oleh Siti Jasmina Ibrahim.
Kredit foto: Instagram Nuansa Film Production
Waktu Siaran
Siaran slot Citra Exclusive di saluran Astro Citra (CH 108). Menemui penonton pada 1 Mei 2021 (Sabtu), jam 9 malam.
Juga terkandung di on demand menerusi aplikasi Astro Go.
Kredit foto: Instagram Osman Ali
Sumber:
1. Astro Gempak