Oleh pada 15 Aug 2018 kategori

George Parrott adalah seorang lelaki yang mempunyai banyak nama panggilan. Antaranya termasuklah George Warden, George Manuse, Big Beak George, dan Big Nose George. Tetapi satu-satunya gelaran yang kekal sepanjang masa adalah "penjenayah".

Dan walaupun kehidupan penjahat abad ke-19 ini sangat menarik, ia mungkin tidak begitu menarik seperti kematiannya. Mayat George berakhir dalam pelbagai bentuk, termasuklah sebagai pasu bunga, ashtray, eksperimen sains, dan juga sepasang kasut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Terkenal dengan pelbagai kejahatan pada penghujung abad ke-19 seperti pencurian kuda, rompakan lebuh raya, dan akhirnya rompakan kereta api, nasib George berakhir dengan pembunuhan.

George melakukan rompakan dan pembunuhan

Pada tahun 1878, George dan gang nya bersembunyi selepas rompakan gagal ke atas kereta api Union Pacific Railroad, di mana mereka membunuh 2 orang pegawai penguatkuasa.

Timbalan Wakil Sheriff Carbon County Sheriff Widdowfield dan Detektif Kesatuan Pasifik Henry Vincent menjejaki kumpulan ini sehingga ke tempat persembunyian mereka di Rattlesnake Canyon dekat Elk Mountain, Wyoming.

Ketika 2 orang penguatkuasa ini sampai di kem mereka, George dan konco-konconya menyerang dan menembak mereka sehingga mati. Mayat kedua-dua pegawai tersebut kemudiannya ditanam sebelum melarikan diri.

George hidup sebagai penjenayah dengan bebas untuk bertahun-tahun selepas kejadian itu, sehinggalah dia berbangga-bangga dengan pembunuhan tersebut yang membuatkannya dihukum penjara.

george parrott

Tidak lama kemudian, George yang cuba melarikan diri dari hukuman mati ditangkap oleh pengawal secara beramai-ramai lalu digantung pada sebuah tiang sehingga mati.

Kisah George Parrot kekal sehingga ke hari ini disebabkan oleh seorang doktor bernama John Osborne yang berada di tempat kejadian pada ketika itu.

Tiada siapa datang menuntut mayat George

Selepas mayat George tidak dituntut, Dr. John Osborne mengambil dan menghantar otak George kepada rakannya, Dr. Thomas Maghee untuk kajian perubatan mengenai minda jenayah.

Dr. Osborne memberikan bahagian atas tempurung kepala George kepada Lillian Heath, pembantunya yang berusia 15 tahun. Lilian sangat gembira dengan pemberian itu.

Lillian menjadi doktor wanita pertama di Wyoming dan dilaporkan menggunakan tempurung kepala tersebut sebagai ashtray, penghadang pintu dan juga pasu bunga.

Melihat pembantunya yang begitu gembira, Dr. Orborne semakin bersemangat. Dari situ, cenderahati dari Dr. Osborne kepada rakan-rakan sekerjanya menjadi semakin menakutkan.

kasut yang diperbuat daripada kulit george parrott

Di samping menghasilkan topeng mayat menggunakan muka George, Dr. Osborne juga meminta agar kulit mayat tersebut supaya dihasilkan sepasang kasut, manakala baki mayat tersebut disimpan di dalam tong whiskey dipenuhi dengan larutan garam.

"Saya mengarahkan pembuat kasut untuk mengekalkan putingnya pada kulit, untuk membuktikan ia adalah kulit manusia. Namun dia tidak mengikut arahan saya,"

kata Dr. John Osborne.

Walaupun kekurangan aksesori, Dr. John sangat kagum dan menggemari kasut tersebut sehinggakan pada tahun 1893, ketika pertabalannya sebagai gabenor Wyoming, beliau memakai kasut kulit manusia itu dikhalayak ramai.

Kini, cebisan tengkorak George Parrot, topeng mayat, dan sepasang kasut yang menyeramkan itu masih lagi disimpan dan boleh ditemui di Muzium Carbon County di Wyoming.

Sebagai seorang penjenayah yang kejam dan berakhir dengan kematian yang kejam, George Parottt sudah tentunya tidak "rest in peace", sebaliknya "rest in pieces". Pengakhiran yang penulis sendiri tak pasti mahu ketawa ataupun sedih.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)