Taj Mahal merupakan antara salah satu keajaiban dunia yang sangat mengagumkan. Bangunan yang sangat unik dan memukau ini terletak di Agra, India. Berusia 364 tahun, ia masih kekal teguh berdiri di tebing selatan Sungai Yamuna dan menjadi tarikan pelancong dari serata dunia.

diperbuat daripada batu marmar putih

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada tahun 2014, dianggarkan sebanyak 7 hingga 8 juta manusia memenuhi ruang legar Taj Mahal bagi menyaksikan sendiri keajaiban binaan bangunan berketinggian 74 meter ini dan juga keagungan cinta seorang lelaki terhadap isterinya. 

iluminasi.com ingin berkongsi 7 fakta menarik mengenai bangunan ajaib Taj Mahal.

1. Taj Mahal dibina untuk permaisuri yang meninggal dunia

shah jahan dan mumtaz mahal

Pemerintah Empayar Mogul, Shah Jahan telah mengarahkan pembinaan Taj Mahal bagi memperingati isterinya, Mumtaz Mahal yang meninggal dunia ketika melahirkan anak ke-14 kepada Shah Jahan pada tahun 1631.

Lagenda mengatakan bahawa Mumtaz Mahal dianggap sebahagian daripada hidup Shah Jahan olehnya, dan beliau sangat sedih selepas kematian permaisurinya sehingga dalam beberapa bulan sahaja rambut dan jambangnya berubah menjadi putih dan beruban. Begitu sekali kesedihan beliau.

2. Kos RM3.54 billion dan 22 tahun

pembinaan

Selepas kematian Permaisuri Mumtaz pada tahun 1631, Shah Jahan memerintahkan pembinaan Taj Mahal dan mula dibina pada tahun 1632. Dengan rekabentuk dan struktur yang sangat menakjubkan, pembinaan Taj Mahal mengambil masa selama 22 tahun dan siap dibina pada tahun 1653.

Kos menyiapkan Taj Mahal menelan belanja sebanyak RM2.1 juta ketika itu, yang dianggarkan sebanyak RM4.3 billion sekarang.

3. 20,000 orang pekerja dan 1,000 ekor gajah

gajah kerja

Arkitek yang bertanggungjawab menyempurnakan antara satu keajaiban dunia ini adalah Ustad Ahmed Lahauri. Lebih daripada 20,000 tenaga buruh dikerah bagi menyiapkan bangunan ini termasuklah pekerja buruh, tukang batu, tukang cat, tukang kaligrafi, artis sulaman dan ramai lagi.

Tidak cukup dengan itu, gajah-gajah juga digunakan membina Taj Mahal dengan mengangkat batu-batu yang sangat berat, dan jumlah gajah yang digunakan adalah lebih daripada 1,000 ekor.

4. Lebih daripada 28 jenis batu

lapis lazuli

Bangunan yang sangat indah ini dibina sepenuhnya menggunakan batu marmar putih dan batu-batu ini adalah merupakan kualiti yang terbaik yang dibawa khas daripada Rajasthan, Afghanistan, Tibet dan China. Namun ia masih tidak cukup apabila lebih daripada 28 jenis batu mahal termasuk batu lapis lazuli. Patut la kos yang sangat tinggi diperlukan, rupanya batu-batunya sangat mahal.

5. Bangunan paling simetri di dunia

bangunan simetri

Apa yang membuatkan Taj Mahal sempurna adalah ia merupakan bangunan yang paling simetri di dunia. Keempat-empat bahagian bangunan ini adalah serupa yang dibina menggunakan prinsip replikasi dan simetri dalam geometri dan senibina, yang menghasilkan rupa bentuk dan imej yang serupa bagi kesemua sisi. 

Juga, keempat-empat menara tersebut dibina sedikit ke bahagian luar tapaknya kerana jika ia tumbang, ia akan tumbang ke bahagian luar dan bukan ke arah bangunan Taj Mahal.

6. Kerosakan Taj Mahal

pembaikpulihan

Berlaku satu rusuhan yang telah merosakkan Taj Mahal pada tahun 1857. Taman-taman disekeliling dirosakkan manakala batu lapis lazuli telah dipahat keluar oleh askar-askar. Melihat kerosakan yang dialami, pemerintah Koloni British India telah mengarahkan pembaikpulihan yang siap pada tahun 1908. 

Jika dilihat kepada taman-taman yang ada sekarang di Taj Mahal, ia telah dibina untuk memulihkan elemen Charbagh yang telah musnah. 

7. Mitos jari pekerja dipotong oleh Shah Jahan

potong ibu jari

Terdapat mitos berkenaan dengan Taj Mahal di mana Shah Jahan telah mengarahkan supaya ibu jari pekerja-pekerja dipotong bagi mengelakkan mereka daripada menghasilkan bangunan magis ini. Namun, ia dikatakan tidak benar.

Mitos lain adalah Shah Jahan ingin membina Taj Mahal berwarna hitam namun gagal selepas digulingkan. Namun tiada bukti bagi menyokong mitos ini, dan dikatakan berasal daripada penulisan pengembara dari Eropah Jean Baptiste Tavernier.




Hakcipta iluminasi.com (2017)