Kredit foto: Instagram @zerahariz
Biodata
1. Nama penuhnya, Nur Nazira binti Harizan.
2. Popular sebagai Zera Hariz. Juga dikenali sebagai Zera Haris.
3. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 1 Januari 1995.
4. Berusia 24 tahun.
5. Anak bongsu daripada dua orang adik-beradik.
6. Memiliki Diploma dalam jurusan Pengajian Teater di pusat pengajian, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
7. Merupakan penyanyi dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2014.
8. Kerjaya seninya bermula selepas memenangi program The Band anjuran Astro pada 2014.
9. Antara drama dibintanginya seperti Lelaki Macam Dia, Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin, Miss Kapten Cikgu Waiz, Cintaku Di Bumi Izmir, Adam Chempaka dan Kerana Dia Manusia Biasa.
10. Di pentas teater, beliau yang aktif menjayakan pementasan sejak kecil, pernah muncul dalam teater Aladdin, Tun Teja, Detik, Upin & Ipin The Musical, Nyonya & The Gang dan Diari Wanita… Episod YB & Nyonya.
11. Pernah merakamkan single 'Main Hati' bersama finalis The Band.
Info Drama Adam Chempaka
- Arahan sutradara Idora Abdul Rahman.
- Terbitan syarikat produksi Creative Skill Solution.
- Selain Zera Hariz, drama rantaian ini antara lain dibintangi pelakon Adam Lee, Sweet Qismina, Raja Afiq, Sharul Kamal, Riena Diana. Alif Hadi, Syafnida Shuhaimi, Nada Nursyuhada dan ramai lagi.
- Ditayangkan sebanyak 13 episod, bermula 12 Jun, setiap Rabu hingga Jumaat di saluran TV3, menerusi slot Lestary.
Foto
Kredit foto: Instagram @zerahariz
Video
Kredit video: Youtube Zera Hariz
Sumber:
2. Utusan
3. Harian Metro