Kredit foto: Instagram Tasha Shila
Biodata
1. Nama penuhnya, Natasha Sheila binti Abdul Razak.
2. Kelahiran Ampang, Selangor pada 25 Januari 1987.
3. Berusia 32 tahun.
4. Berdarah campuran Melayu dan Jawa.
5. Merupakan pelakon dan model.
6. Mula menceburi bidang seni sejak tahun 1999.
7. Membintangi sitkom popular ntv7, Spanar Jaya seawal usia 12 tahun.
8. Bekas peserta pertandingan Dewi Remaja 2005/06 yang turut disertai pelakon Scha Al-Yahya dan Izreen Azminda.
9. Pernah bersaing dalam pertandingan nyanyian, Gempak Superstar 2016 meskipun hanya bertahan sehingga konsert minggu ketiga. Beliau mempertaruhkan lagu Wanita Terbahagia, dipopularkan Bunga Citra Lestari di minggu pertama, Aku Wanita Biasa (Krisdayanti - Minggu 2) dan My Heart Will Go On (Celine Dion - Minggu 3). Sembilan lagi pelakon yang terlibat ialah Nazim Othman, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim, Raja Ilya, Arja Lee, Siti Elizad, Soffi Jikan, Ryzal Jaafar dan Dazrin Kamarudin.
10. Pernah berhubungan cinta dengan Hans Wong yang berbangsa Cina sekitar 2013, begitupun hubungan itu berakhir pada 2015.
11. Membintangi filem KL Menjerit 1, Ratu The Movie, Klip 3GP, Rock Oo, Chikaro dan Bravo 5.
12. Juga drama, antaranya Spanar Jaya, Dilema Wanita, Dottie, Gemilang, Tentang Dhia, Atas Nama Cinta, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Bunga April, Ariana Rose, Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Tabir Zulaikha, M.A.I.D dan terkini, Kamar Kamariah.
13. Termasuk telefilem Ku Yakin Berlaku, Panggilan Arwah, Cinta Dalam Botol, Mencari Jannah, Cinta Di Menara Burj Khalifa, Abang Samseng Jemur Kain, Penjaga Garisan Itu Suami Aku, Kasut Untuk Ayah, Haloba, Syaitan dan banyak lagi.
14. Menghiasi video muzik 'Luar Biasa' nyanyian Shahir Zawawi pada 2012.
15. Mengungguli kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 dan Anugerah Heroin Baru Terhebat menerusi filem Ratu The Movie di Anugerah Blokbuster 2012.
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kamar Kamariah (TV3)
Foto
Kredit foto: Instagram Tasha Shila
Video
Kredit video: Youtube Meletop
Sumber:
1. Wikipedia
2. Astro Gempak
3. Mstar