Kredit foto: Instagram Talha Harith
Biodata
1. Pemilik nama penuh Talha Amir bin Harith.
2. Kelahiran Johor Bahru, Johor, Malaysia pada 11 Februari 1989.
3. Berusia 30 tahun.
4. Berketinggian 1.74 meter.
5. Berkelulusan Diploma Teater daripada Akademi Seni Warisan dan Budaya Kebangsaan (Aswara).
6. Bergelar pelakon sejak tahun 2010.
7. Juga bekerja sebagai pensyarah yang mendidik dalam bidang asas lakonan.
8. Namanya melonjak naik selepas membintangi siri Tudung Ekspres, Juvana, Tanah Kubur dan Menjinak Ombak.
9. Lain-lain drama dibintanginya seperti Cinta Elysa, Gemilang, Setia Hujung Nyawa, Teduhan Kasih, Terukir Di Bintang, Kusinero Cinta, Andainya Takdir, Menantu Bilal, Halalkan Hati Yang Ku Curi dan Lelaki Kiriman Tuhan.
10. Juga telefilem, antaranya Tetangga, Mencari Lailatul Qadar, Fiksi Fixie, Sesumpah Ramadan, PA Encik Monster, Menantu Second Class dan Cikgu Dol Masuk Kampung.
11. Terkini, beliau mencuri perhatian menerusi penampilan dalam drama rantaian, Curi-Curi Cinta.
Info Drama Curi-Curi Cinta
- Arahan YM Raja Ahmad Alauddin.
- Membawa genre drama, keluarga, cinta dan konflik.
- Diadaptasikan daripada novel dengan tajuk yang sama, hasil tulisan Siti Rosmizah yang sebelum ini pernah menghasilkan novel bestseller, 7 Hari Mencintaiku dan Lafazkan Kalimah Cintamu yang juga diangkat ke layar kaca.
- Menampilkan gandingan Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza selaku teraju utama, dibantu pelakon Fauziah Nawi, Talha Harith, Uyaina Arshad, Adam Lee, Izzue Islam, Haneesya Hanee, Pablo Amirul dan ramai lagi.
- Dihiasi lagu tema, 'Terlalu Memuja' nyanyian Wany Hasrita dan 'Sukar Untukmu' (Fara Hezel).
- Bersiaran 28 episod, bermula 29 April, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria, menerusi slot MegaDrama.
Foto
Kredit foto: Instagram Talha Harith
Video
Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia
Sumber:
2. Utusan