Kredit foto: Instagram Syaidatul Afifah
Siapa Syaidatul Afifah? Bekas atlet tenpin boling negara, pemilik nama penuh Syaidatul Afifah Badrul Hamidi ini merupakan pelakon yang menghidupkan watak 'Sandra' dalam siri berkaitan sukan boling, Ratu Ten Pin.
Drama berepisod terbitan produksi JS Pictures arahan oleh Azman Yahya (Jinggo) itu turut dibarisi pelakon tanah air popular seperti Elisya Sandha, Fify Azmi, Nazim Othman, Sheila Rusly, Wani Kayrie, Dazrin Kamarudin, Haziq Nazimuddin (Hero Remaja 2020), Aleeza Kasim dan Akhmal Nazri.
Biodata / Profile / Latar Belakang
1. Nama sebenarnya, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi.
2. Berumur 30 tahun (2021).
3. Kelahiran Ipoh, Perak pada 23 Oktober 1991
4. Anak kedua daripada tiga orang adik beradik.
5. Merupakan bekas atlet tenpin boling negara.
6. Antara pencapaian terbesarnya dalam arena sukan boling termasuk kemenangan pingat emas berpasangan wanita Kejohanan Asia 2015 di Bangkok, pingat emas berpasukan wanita Kejohanan Boling Dunia 2017 di Las Vegas dan pingat emas trio berpasukan wanita Sukan Asia 2018 di Palembang.
7. Kini berkecimpung dalam bidang seni hiburan sebagai seorang pengacara dan pelakon.
8. Memegang peranan sebagai hos di saluran Astro Arena.
9. Membintangi drama Ratu Ten Pin yang ditayangkan di saluran Astro Ria pada tahun 2021.
10. Menggunakan Instagram (IG) atas nama akaun @syaidatulafifah yang mempunyai lebih 138,000 pengikut.
Fakta Menarik
1. Lebih mesra disapa sebagai Afifah.
2. Anak kepada pasangan Badrul Hamidi Gam (bapa) dan Roziah Zahari (ibu).
3. Kakaknya bernama Saidatul Athrah, manakala adiknya pula Syaidatul Afyna.
4. Memulakan kerjaya sebagai pemain boling sejak umur 9 tahun.
5. Bakat bermain boling diwarisi daripada bapanya, Badrul Hamidi Gam.
6. Ketika umur sembilan tahun, Afifah mula mendapat bimbingan dalam sukan boling daripada bapanya yang ketika itu merupakan pemain boling di sebuah syarikat perhotelan, selain bertugas sebagai pengurus hotel di Ipoh, Perak. Bapanya juga sering bersaing dalam pelbagai kejohanan boling.
7. Pernah mewakili negara sebagai atlet boling selama 11 tahun.
8. Mengambil keputusan bersara daripada skuad kebangsaan pada 3 September 2020, di usia 29 tahun.
9. Tidak bersara sepenuhnya, hanya menamatkan penyertaan dalam pasukan negara.
10. Masih terbuka menjadi pemain boling secara profesional dan bersedia untuk bertanding, selain ingin bergelar jurulatih kepada golongan kanak-kanak di peringkat akar umbi.
11. Menghentikan karier dalam boling kerana ingin meneroka bidang baharu termasuk pengacaraan, di samping mencari kerjaya yang mempunyai masa depan yang lebih cerah.
12. Mempunyai perancangan untuk menubuhkan akademi boling sendiri bagi melatih remaja bawah 18 tahun, lima tahun akan datang.
13. Akui watak Sandra yang dipegangnya dalam Ratu Ten Pin bertentangan sama sekali dengan karakternya yang sebenar.
14. Bersedia menerima lebih tawaran lakonan sekiranya watak yang diberikan bersesuaian.
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Ratu Ten Pin
Gambar
Kredit foto: Instagram Syaidatul Afifah
Video
Kredit video: TERKINI: Linangan air mata mengiringi pengumuman persaraan Syaidatul Afifah | Astro Arena
Sumber:
1. MTBC pantau lima pemain pelapis wanita
2. Syaidatul bersara wakili negara
3. Afifah undur diri selepas 11 tahun