Kredit foto: Instagram Shasha Abedul
Shasha Abedul merupakan antara pelakon yang bakal menghiasi drama adaptasi novel 'Chandelier' arahan Michael Ang yang dijangka menemui penonton di slot Megadrama, saluran Astro Ria.
Antara lain, drama rantaian yang bakal ke udara pada Februari 2020 itu turut dibintangi Ben Amir, Mimi Lana, Nadya Syahera, Alif Muhaimin, Aisar Khaled, Nynaa Harizal dan ramai lagi.
Biodata Shasha Abedul
1. Menggunakan nama komersial, Shasha Abedul.
2. Berumur 23 tahun (2020).
3. Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon dan model.
4. Bakatnya dicungkil daripada program realiti, On Air.
5. Antara drama dibintanginya termasuk Isteri Bukan Untuk Disewa, Sara Sajeeda, Voice Note, Satukan Rasa dan Chandelier.
6. Laman sosial Instagramnya atas nama @shashaabedul sehingga kini sudah diikuti lebih 23,000 netizen.
Fakta Menarik
- Berfizikal kecil molek.
- Memulakan karier seni sejak tahun 2016 menerusi bidang iklan komersial sebelum terjun ke dunia lakonan pada 2018 dengan membintangi drama Isteri Bukan Untuk Disewa.
- Sebelum menerima tawaran lakonan daripada pengarah Osman Ali, beliau terlebih dahulu melalui kegagalan dalam beberapa sesi ujibakat yang diaturkan beberapa syarikat produksi.
- Namanya mula meledak selepas membawa watak Dede dalam drama rantaian, Satukan Rasa di saluran Astro Ria.
- Kini cukup dikenali di kalangan penggemar drama Melayu kerana sering memegang peranan sebagai watak pembantu.
- Tidak mengikuti sebarang kelas lakonan, beliau sebaliknya hanya bersandarkan kepada pengalaman yang ditimba di lokasi penggambaran.
- Mengidamkan watak lakonan berbentuk antagonis atau watak wanita yang baik serta naif.
Foto
Kredit foto: Instagram Shasha Abedul
Sumber:
1. Permulaan baik untuk Shasha