Program Dewi Remaja anjuran Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd serta Majalah Remaja tidak asing lagi sebagai platform yang mengetengahkan ikon di kalangan gadis remaja.
Bermula 1985, ramai alumni pertandingan ini berjaya mencipta nama besar dalam dunia hiburan, antaranya Neelofa, Izara Aishah, Anzalna Nasir, Syatilla Melvin, Raysha Rizrose, Puteri Aishah, Mawar Rashid, Izreen Azminda, Juliana Banos, Rita Rudaini, Wardina Safiyya, Rozita Che Wan, Jasmin Hamid, Aleeza Kassim, Azah Aziz dan ramai lagi.
Mereka berperanan sebagai influencer serta ikon yang bertanggungjawab dalam menyebarkan inspirasi positif kepada para remaja di luar sana.
Sudahpun memasuki edisi 2018/2019, kali kesepuluh penganjurannya tidak berhenti dalam usaha meraikan dan mengangkat kuasa, suara serta kejayaan gadis remaja berbakat di Malaysia.
Khas buat pembaca, berikut kami kongsikan biodata dan latar belakang salah seorang peserta Dewi Remaja 2018/2019 iaitu Rania. Beliau berjaya menjejakkan kaki ke peringkat akhir serta ditabalkan di kedudukan kelima.
Biodata
1. Pemilik nama penuh Tunku Affie Rania binti Tunku Fauzi. Dikenali sebagai Rania.
2. Dilahirkan pada 11 November 1999. Kini berusia 20 tahun (2019).
3. Berasal dan menetap di Kuala Lumpur.
4. Berketinggian 163 sentimeter dan mempunyai berat badan 49 kilogram.
5. Laman Instagramnya, @affierania.
6. Mempunyai kemahiran bermain instrumen muzik seperti gitar, keyboard dan piano. Juga boleh mencipta lagu dan menulis lirik.
7. Boleh melakukan beatbox.
8. Suka mengembara.
9. Gemar bersukan seperti bermain futsal, bola sepak, bola jaring, bola baling, acara pecut, berenang dan papan luncur. Merupakan juara acara padang 800 meter dan 1500 meter sewaktu di sekolah.
10. Mempunyai pasukan futsal dan bola sepak sendiri yang sering mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan.
11. Anak tunggal tapi bukan anak manja!
12. Dibesarkan oleh keluarga untuk menjadi wanita yang berdikari. Antaranya beliau diajar untuk mendapatkan pendapatan sendiri. Ibu bapanya mahu beliau bersusah dahulu sebelum bersenang kemudian.
13. Ingin mengikut jejak ibunya, Mimi Wahedah yang juga merupakan pemenang tempat kedua Pertandingan Dewi Remaja tahun 1988/1989.
14. Ingin mendorong para remaja agar lebih berani menyerlahkan keunikan dalam diri.
Foto
Video
Kredit:
1. Dewi Remaja