Kredit foto: Facebook Da'i Wan Dazrin

      

Wan Dazrin Wan Din atau nama popularnya, Da'i Wan merupakan seorang pendakwah bebas dan ustaz selebriti kelahiran program Da'i Pendakwah Milenia musim kedua yang pernah bersiaran di saluran TV3 pada tahun 2014.

Ia merupakan sebuah rancangan berbentuk keagaaman yang berkonsepkan pencarian pendakwah generasi muda, tayangan selama 13 episod dan dikelolakan oleh pengacara Datuk Rosyam Nor.

    

Biodata

  • Nama penuhnya, Wan Dazrin bin Wan Din.
  • Menggunakan nama komersial, Da'i Wan Dazrin.
  • Berumur 27 tahun (2020).
  • Berasal dari Kapar, Klang, Selangor Darul Ehsan.
  • Merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik.
  • Mendapat pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak, Selangor.
  • Bakatnya dicungkil daripada rancangan realiti keagamaan, Da'i Pendakwah Milenia musim kedua yang disiarkan di saluran TV3 pada 2014.
  • Mendirikan rumah tangga dengan Syahirah Zamzari yang jura rakan sekolahnya pada 17 Mac 2018. Mereka kemudiannya dikurniakan seorang anak perempuan bernama Wan Aleesa Sofea pada 27 Februari 2020.
  • Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @wandazrin sehingga kini mempunyai lebih 195,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Mula mendalami ilmu Islam dan menghafal Al Quran selepas selesai menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang berdikari dan sanggup mempertaruhkan pelbagai usaha dalam mencapai impian. Dalam masa sama tetap bersikap merendah diri dan seorang yang 'open' (terbuka).
  • Kedua ibu bapanya telahpun berpisah dan sesudah itu beliau lebih kerap menetap bersama ibunya.

    

Foto

dai wan

wikipedia dai wan

siapa dai wan

isteri dai wan dazrin

anak dai wan

instagram dai wan

dai wan dazrin

biodata dai wan dazrin 850

da i wan

Kredit foto: Facebook Da'i Wan Dazrin & Instagram Da'i Wan Dazrin

    

Video  

Kredit video: MOTIF VIRAL: Dr. Taha & Da'i Wan "Sekolahkan" Netizen Malaysia!

    

Sumber:

1. Enggan bercakap dengan wanita, Da'i Wan terima cinta isteri selepas lapan tahun - “Saya buat dia tergantung sepi”

2. "Hampir Mengalir Air Mata Melihatnya Menahan Sakit Contraction" - Da'i Wan Dazrin Bergelar Bapa, Dapat Anak Perempuan

3. 8 Biodata Finalis Da'i Pendakwah Milenia Musim 2 (2014) Penggerak Revolusi Dakwah

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)