Kredit foto: Instagram Nad Zainal

   

Siapa Nad Zainal? Nad Zainal merupakan antara pelakon yang membarisi drama rantaian terbaharu saluran TV2 berjudul Di Hujung Ranting.

Siri adaptasi novel Di Hujung Ranting 1 dan 2 karya Indah Hairani itu turut menampilkan pelakon Shukri Yahaya, Dayang Areeda, Amar Asyraf, Zoey Rahman, Silfeny Osman, Afzan A Rahman dan ramai lagi.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Farah Nadia binti Zainal Abidin.
  • Menggunakan nama komersial, Nad Zainal.
  • Berumur 30 tahun.
  • Kelahiran Kajang, Selangor pada 16 Mei 1990.
  • Kediamannya terletak di Taman Melawati, Shah Alam.
  • Anak tunggal kepada pasangan Zainal Abidin bin Abu dan Faridah binti Mohd Noor.
  • Mendapat pendidikan dalam bidang Diploma Teater di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
  • Bergiat aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008 sebagai seorang pelakon dan model.
  • Antara drama dibintanginya seperti Impian, Blogger Boy 2, Bukan Bidadari, Kampung Girl, Oh My English! After School, Jurnal Suraya dan Di Hujung Ranting.
  • Termasuk telefilem 100 Hari, Mawar Putih Tanda Perpisahan, Elly & Epit, Dosa Perempuan, Pentas Haiwan, Syirik dan banyak lagi.
  • Pembabitannya di layar lebar menerusi filem Jidin Sengal, Kami Histeria, Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan, Juvana 3: Perhitungan Terakhir, Aku Haus Darahmu, Soulmate Hingga Jannah, Malay Regiment dan Hasmah Bila Deh Bertemu Det.
  • Penglibatannya di pentas teater menerusi pementasan Muzikal Tun Razak, Projek Tanda, Makyung Sindo, Maduku... Kalut, Diari Wanita... Episod Kak Ani & Nyonya dan Ombak Rindu... Tiada Penghujung.
  • Pernah menghoskan program Citarasa Malaysia yang bersiaran di TV Okey.
  • Antara lain, beliau pernah menjayakan watak Sarah dalam drama radio berjudul Dramatik Kool: Sumpahan Stiletto yang ke udara di Kool FM.
  • Pemegang trofi Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 dan Pelakon Wanita Terbaik Drama (Fatonah Azali) di Anugerah Skrin 2018.
  • Mendirikan rumah tangga dengan seniornya di ASWARA iaitu Muhammad Faliq Amirullah pada 18 Disember 2015, selepas mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos 2015. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Fahad Ibrahim yang dilahirkan pada 14 Oktober 2016.
  • Beliau terdahulu pernah terpalit dengan gosip percintaan bersama aktor Azwan Kombos, Hefny Sahad dan Saharul Ridzwan
  • Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @nad.zainal sehingga kini mencatatkan lebih 1.9 juta pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Seorang yang gemar mengambil minuman berkarbonat, sebelum menghentikan tabiat buruknya itu kerana ingin menjaga penampilan diri.
  • Menjaga kesihatan diri dengan turut mengamalkan rahsia kecantikan.
  • Pelakon hebat, Umie Aida menganggap beliau sebagai seorang anak seni yang jujur dalam melaksanakan pekerjaan sehingga Umie mengakui melihat bayangan dirinya dalam jiwa Nad.
  • Ketika usia kanak-kanak, keluarganya hanya menggunakan motosikal bapa sebagai pengangkutan kerana bapanya tidak mampu membeli kereta.
  • Memasarkan jenama kosmetiknya, Audela by Nad Zainal pada 1 Mac 2016 dengan penghasilan beberapa produk yang mendapat sambutan hangat.
  • Memegang peranan sebagai duta produk sandal keluaran Femesfactory selama tiga bulan iaitu dari Mac hingga Jun 2015.

     

Foto

nad zainal 406

keluarga nad zainal

suami nad zainal

wikipedia nad zainal

instagram nad zainal

pelakon di hujung ranting 966

nad zainal ig

muhammad faliq amirudin

Kredit foto: Instagram Nad Zainal

     

Video

Kredit video: MeleTOP: Pak Nil, Nad Zainal & Faliq Kongsi Cerita Raya Ep192 [19.7.2016]

    

Sumber:

1. Wikipedia Nad Zainal

2. Nad Zainal belajar hidup sendiri

3. Nad teringat zaman naik motosikal

4. Nad Zainal puas dapat beli rumah sendiri

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)