Kredit foto: Instagram @mimi_ernida
Tuah terus menyebelahi pelakon Mimi Ernida apabila diberi peluang menjayakan watak pembantu dalam drama bersiri popular terbaharu, Kerana Dia Manusia Biasa.
Keterujaan para peminat aktres berpangkal nama Mimi ini juga pastinya bertambah melihatkan nama-nama besar lain yang bekerjasama dengannya seperti Emma Maembong, Shukri Yahaya, Atikah Suhaime, Afifah Nasir, Sasqia Dahuri dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Kerana Dia Manusia Biasa yang ke udara mulai 24 Julai ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3.
Khas buat pembaca, kami kongsikan butiran biodata pelakon yang juga anak jati negeri Jelapang Padi ini.
Biodata
1. Nama sebenarnya, Nor Shamimi Ernida binti Mansor.
2. Dikenali sebagai Mimi Ernida.
3. Kelahiran Alor Setar, Kedah pada 21 Mac 1990.
4. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.
5. Anak sulung daripada empat adik-beradik.
6. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010 sebagai pelakon dan peragawati.
7. Bakatnya dikesan selepas menyertai rancangan realiti Gadis Melayu musim ketiga, bersiaran di TV9 yang mengangkatnya sebagai finalis.
8. Antara drama dibintanginya seperti Rindu Awak 200%, Merah Gaun Pengantin, Setia Ku Di Sini, Hello Mr. Perfect, Ajaibnya Cinta, Bukan Isteri Sempurna, Cinta Masam Manis, Ana Kleopatrena, Selafaz Cinta dan Kerana Dia Manusia Biasa.
9. Termasuk telefilem Spain Uolls, Alien Janda Baik dan Ada Apa Dengan Ramadhan.
10. Pembabitannya di layar lebar menerusi filem Alamak Toyol, 1 Lawan Satu, Bencinta dan Polis EVO.
Foto
Kredit foto: Instagram @mimi_ernida
Sumber:
2. Harian Metro
3. Astro Awani