Kredit foto: Instagram Jay Iswazir
Siapa sangka, sebelum bergelar seorang pelakon yang disegani, Jay Iswazir atau nama sebenarnya, Ahmad Iswazir Ismail pernah berbohong kepada ibunya semata-mata untuk mengejar impian bergelar insan seni.
"Saya terpaksa menipu ibu. Ketika itu, saya sedar saya harus berpindah ke Kuala Lumpur untuk merealisasikan impian untuk menjadi seorang pelakon.
"Saya katakan kepada ibu, saya mahu menyambung pelajaran di ibu kota. Tak mungkin ibu saya beri kebenaran jika saya kata saya mahu ke Kuala Lumpur untuk menjadi pelakon.
"Wajah saya tidak sesuai untuk bergelar pelakon. Saya sedar saya tiada rupa tetapi saya tetap meneruskan tekad kerana minat yang mendalam," katanya dalam sebuah kenyataan kepada portal Astro Gempak.
Selepas menjulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2018, Jay kini mencuri tumpuan menerusi telefilem Insan Terpilih lakonannya, yang bersiaran di slot Cerekarama TV3 pada 7 September lalu.
Video telefilem itu yang dimuat naik di laman Youtube sehingga kini sudah mencatatkan 2.2 juta tontonan, dan menduduki tempat kesembilan carta sohor.
Berikut kami kongsikan butiran lanjut mengenai profilnya yang sudah bertapak dalam dunia hiburan sejak 9 tahun lalu ini.
Biodata
1. Pemilik nama penuh Ahmad Iswazir bin Ismail. Nama komersialnya, Jay Iswazir.
2. Kelahiran Ipoh, Perak pada 17 Julai 1982. Kini berusia 37 tahun.
3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.
4. Merupakan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.
5. Antara drama dibintanginya seperti Karlos, Playboy Itu Suami Aku, Kahwin Muda, Cinta Tiada Ganti, Cinta Non Grata dan Bukan Cinta Aku.
6. Termasuk telefilem Churam, Kari Sanjana, Sekolah Api, Aku Nazmi dan Rezeki Tanpa Alamat.
7. Kemunculannya di layar perak menerusi filem Kanang anak Langkau: The Iban Warrior, Rempit Sampai Langit, Polis EVO 2 dan Jodoh Syaitan.
8. Penglibatannya dalam dunia teater menerusi pementasan Zulaikha, Lela Manja dan Bangsawan Dendam Laksamana.
9. Diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) menerusi telefilem Aku Nazmi.
Fakta Menarik
- Bekas graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
- Bakatnya dikesan daripada program pencarian bakat, Pilih Kasih musim kedua yang meletakkannya sebagai pemenang tempat keempat.
- Pernah berasa rendah diri kerana memiliki rupa paras yang berparut.
Foto
Kredit foto: Instagram Jay Iswazir
Video
Kredit video: TV3 Malaysia Official
Sumber:
3. "Saya Sedar Saya Tiada Rupa" - Jay Iswazir Terpaksa Tipu Ibu Demi Bergelar Pelakon