Biodata
Nama penuh: Sharifah Nadiyah binti Syed Fuad Al Shahab
Tarikh lahir: 29 Mei 1991
Umur: 27 tahun
Tempat lahir: Jurong, Singapura
Pendidikan: Lulusan Bidang Undang-Undang, Universiti London, Singapura
Pekerjaan: Aktres dan pengacara
Tahun aktif: 2016 sehingga kini
Ketinggian: 1.7 meter (5 kaki 7 inci)
Drama: Encik Suami Mat Salih Celup (Astro Ria), Mr. Hijab (Astro Ria), Hikayat Cinta Si Pematah Hati (Astro Ria), Kelip-Kelip Di Kota London (TV3), Shah & Zam (TV3), Lafazkan Kalimah Cintamu (Astro Ria), Misteri Maria (ntv7), Kek Untuk Kapten (MediaCorp Suria) dan Mama Tak Akan Sama (ntv7)
Media sosial: Instagram @nadiyah.shahab dan Twitter @nadiyah_shahab
Fakta Menarik
1. Merupakan anak sulung daripada dua beradik.
2. Namanya mula melonjak naik selepas membintangi drama Lafazkan Kalimah Cintamu, memegang watak sebagai Tengku Natasha, bergandingan bersama pelakon Farid Kamil dan Nelydia Senrose.
3. Sebelum menceburi dunia lakonan, beliau pernah mengacarakan rancangan berkonsepkan travelog, Lost At Sea yang ke udara di saluran Go Asean.
4. Drama televisyen pertamanya ialah drama rantaian adaptasi novel, Encik Suami Mat Salih Celup, lakonan bersama Nelydia Senrose dan Daler Yusuf.
5. Beliau bertunang dengan aktor Ben Ali dalam sebuah majlis yang berlangsung di Singapura pada 13 Januari 2018.
Foto Terkini
Rujukan: