Kredit foto: Instagram @shahirzawawi88
Biodata
1. Pemilik nama penuh Ahmad Shahir bin Zawawi. Nama pentasnya, Shahir Zawawi.
2. Kelahiran Kampar, Perak pada 5 September 1988.
3. Anak kepada pasangan Zawawi Abdullah (bapa) dan Mahanum Othman (ibu). Bapanya merupakan seorang guru profesional, manakala ibunya suri rumah sepenuh masa, juga pengasuh bayi.
4. Anak pertama daripada lima adik-beradik.
5. Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kampar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River, Perak.
6. Bekas pelajar bidang kejuruteraan di Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
7. Berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 2010 sebagai penyanyi, penulis lirik, pelakon, model iklan dan pengacara.
8. Bakatnya dikesan daripada rancangan Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) yang menobatkannya sebagai juara. Antara lain program realiti musim itu turut melahirkan penyanyi Adira.
9. Memperjuangkan genre muzik pop dan ketuhanan.
10. Album studionya berjudul 'Shahir' yang diterbitkan pada 2012, memuatkan tujuh buah lagu, antaranya Pendam, Luar Biasa, Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Cinta Kan Kembali dan banyak lagi.
11. Beberapa lagu lain dipopularkannya seperti Aku Yang Berdosa, Cerita Kita, Dia Yang Kau Pilih dan Tiba (duet bersama Faizal Tahir).
12. Pernah membintangi filem Karak dan drama Cerciter Cinta.
13. Pemegang trofi Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 dan Anugerah Hero Baru Terhebat menerusi filem Karak di Anugerah Blokbuster 2011.
Fakta Menarik
- Bekas anggota kumpulan nasyid, Saujana.
- Menerusi lagu 'Kebahagiaan Dalam Perpisahan', beliau pernah tersenarai antara finalis Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25).
- Pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon Rozita Che Wan dan Erra Fazira.
Foto
Kredit foto: Instagram @shahirzawawi88
Video
Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia
Sumber:
2. BH Online
3. Mstar