Kredit foto: Instagram @azlan_mokhtar
Baru-baru ini tular kisah pelakon Reza Hasbi yang mengadu sudah hampir tiga bulan tidak menerima tawaran berlakon. Situasi itu membuatkannya hilang punca pendapatan sekaligus mengalami kesukaran dalam memenuhi tanggungjawab terhadap dua anaknya ketika membuat persiapan menjelang Aidilfitri.
Rentetan itu, muncul pula kisah pelakon Lan Siro yang turut mengalami nasib serupa. Namun Lan mendedahkan bagaimana situasi genting itu telah membuatkannya menjadi lebih kreatif dalam mempelbagaikan sumber pendapatan demi kelangsungan hidup menyara keluarga di ibu kota.
Khas buat pembaca Iluminasi, berikut kami kongsikan beberapa butiran biodata dan fakta menarik mengenai pelakon berusia 37 tahun ini.
Biodata
1. Nama sebenarnya, Azlan Mokhtar. Dikenali sebagai 'Lan Siro'.
2. Kelahiran Temerloh, Pahang pada 17 September 1982.
3. Bergiat dalam dunia seni sebagai pelakon dan model.
4. Bakatnya dicungkil daripada program realiti Anak Wayang pada tahun 2009 yang antara lain melahirkan pelakon Amar Baharin, Dayana Roza, Afzan A. Rahman dan Feeya Iskandar.
5. Antara drama dibintanginya seperti Jamilah I Love You, Abang Sado Jemur Kain, Bodyguard, Cinta Roller Coaster dan Dia Anak Jeneral.
6. Termasuk telefilem Mama Mama Mia, Istidraj, Perempuan Disarung Ungu dan Album Usang.
7. Pembabitannya di layar lebar menerusi filem Malay Regiment dan Ratu Kala Jengking.
Fakta Menarik
- Sinonim dengan watak antagonis dan drama bercorak aksi di bawah produksi A Aida Production Sdn Bhd.
- Selain bergelar anak seni, beliau turut menyara kehidupan sebagai penunggang Grab Food, peniaga bazar Ramadan, jurulatih peribadi dan penjual makanan kesihatan.
- Pernah menjadi jurulatih peribadi kepada aktres Izara Aishah, Mimi Lana dan beberapa pelakon lain.
Foto
Kredit foto: Instagram @azlan_mokhtar
Sumber:
2. Utusan
3, Harian Metro