Kredit foto: Instagram @gambitsaifullah

    

Pelakon lelaki ini suatu ketika dahulu pernah terpalit dengan dakwaan bermulut celupar, mempunyai masalah disiplin dan begitu lantang dalam mengutarakan komen mengenai sesuatu isu.

Baru-baru ini, dia mencuri tumpuan umum kerana tindakannya memakan katak bakar dalam sebuah program kem 'Survivor'.

Begitupun, apa sahaja label yang diberikan kepadanya, ia bukanlah ungkapan yang baik untuk dilayangkan.

Berada dalam radar kecaman netizen, barangkali ada perkara yang perlu lebih diberi fokus tentang aktor yang sudah bertapak di pentas seni sejak 13 tahun lalu.

Iluminasi kongsikan biodata pelakon yang juga aktif bekerja di belakang tabir ini.

    

Biodata

1. Nama sebenarnya, Mohd Saifullah bin Rosli.

2. Menggunakan nama komersial, Gambit Saifullah.

3. Kelahiran Kuala Lumpur pada 21 Julai 1985.

4. Berusia 34 tahun.

5. Berketinggian 1.75 meter.

6. Anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik.

7. Anak kepada pakar kardiologis (pakar jantung), Datuk Dr Rosli bin Mohd Ali.

8. Merupakan pelakon, pengarah dan penerbit yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2006.

9. Antara drama dibintanginya seperti The Hoppers & Ahli Muzik, Ibu Ampunkan Aku: Si Tanggang, Awan Dania musim ketiga, Jasmine, Isteri Tuan Ihsan, Shhh... I Love You dan Mr. Grey.

10. Termasuk telefilem Cinta Tiga Segi, Suara Dari Kubur, Patahnya Sayap Malam, Datang Bulan, Dekat Padaku, Misteri Datin Lily dan banyak lagi.

11. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Cinta, Susuk, Rasukan Ablasa, Karipap-Karipap Cinta, Misteri Jalan Lama, Hantu Bukit Cina, Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! dan Paskal.

    

Foto

tinggi gambit saifullah 167

gambit saifullah kahwin

ibu bapa gambit saifullah

gosip gambit saifullah

gambit saifullah makan katak

Kredit foto: Instagram @gambitsaifullah

    

Video

Kredit video: Youtube Meletop

    

Sumber:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. MHE TV

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)