Kredit foto: Instagram @azmi_saat
Biodata
1. Nama penuhnya, Khairul Azmi Mohd. Saat.
2. Dikenali sebagai Azmi Caliph Buskers, Azmi dan Azmi Saat.
3. Lahir pada 27 September 1987.
4. Kini berusia 32 tahun.
5. Berasal dari Mersing, Johor.
6. Merupakan orang kurang upaya (OKU) yang cacat penglihatan.
7. Vokalis dan pemain keyboard kumpulan Caliph Buskers.
8. Bekas penuntut Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak Kuala Lumpur sebelum meneruskan pengajian di tingkatan enam di St. John Bukit Nanas, Kuala Lumpur.
9. Sebelum bergelar selebriti, antara pekerjaan yang pernah dicubanya termasuk pernah berkhidmat sebagai jurujual langsung. Pekerjaan terakhirnya sebagai tukang urut di Hospital Mata Tun Hussein Onn.
10. Laluan di lapangan seni hiburan bermula selepas kemunculan kumpulannya, Caliph Buskers menggantikan vokalis Mojo, Aweera di pentas Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) menerusi lagu 'Romancinta' pada Januari 2015. Kehebatan persembahan itu membawa kepada kemenangan trofi kategori Persembahan Terbaik bersama ganjaran wang tunai RM12,000.
11. Peluang beraksi di pentas berprestij itu diberikan oleh komposer terkemuka, Edry Abd. Halim yang menyedari kebolehan kumpulan muzik OKU cacat penglihatan ini ketika melihat mereka beraksi di hadapan pusat membeli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman.
12. Antara lagu hits Azmi bersama Caliph Buskers seperti Hanya Mimpi, Kaulah Dia dan Hanya NamaMu.
13. Penampilan secara solo menerusi single Buta (duet bersama Faizal Tahir) dan Ayah (duet bersama Edry Abdul Halim).
14. Mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dengan wanita pilihannya, Nazira Muhammad yang juga OKU cacat penglihatan dan bekerja sebagai operator telefon di Jabatan Perancangan Bandar.
Foto
Kredit foto: Instagram @azmi_saat
Video
Kredit video: Youtube Zayan My
Sumber:
1. Utusan
2. Harian Metro