Kredit foto: Instagram Bibi Qairina & Instagram Asyraf Rozami
Sudah menjadi trend para peminat menjodohkan pasangan selebriti kegemaran mereka.
Bintang media sosial, Asyraf Rozami dan Bibi Qairina antara yang tidak terkecuali daripada menerima tempias itu.
Keterujaan para pengikut yang ingin melihat pasangan ini bercinta bermula selepas mereka sering memuat naik foto berdua di Instagram, selain muncul dalam kebanyakan rakaman video yang dimuat naik di Youtube.
Sudahnya, bahagian komen media sosial dipenuhi dengan harapan peminat yang mahu mereka menjadi pasangan kekasih.
Tak kurang ada yang menaruh impian untuk melihat hubungan itu dibawa ke fasa perkahwinan!
Kredit foto: Instagram Bibi Qairina & Instagram Asyraf Rozami
"Sweet lah korang ini haih.
"Pasangan ni sweet.. I like.
"Akak dengan abang Asyraf bercinta ke?
"Bila nak kahwin?
"Kalaulah boleh mempercepatkan putaran masa ni.. nak sangat tengok korang sanding nanti. Sweet sangat korang berdua ni," antara komen yang dilayangkan netizen.
Kredit foto: Instagram Bibi Qairina & Instagram Asyraf Rozami
Siapa tahu apa yang diharapkan warganet bakal menjadi kenyataan suatu hari nanti?
Apa-apapun, Asyraf terutamanya Bibi masih lagi muda dan jauh lagi perjalanan untuk memikirkan soal jodoh, apatah lagi kerjaya mereka dalam bidang seni baru sahaja berkembang.
Namun untuk bersama suatu masa nanti, semestinya tidak mustahil! Jika masing-masing masih solo, apa salahnya bukan?
Baca: Biodata Instafamous Bibi Qairina
Baca: Biodata Youtuber Asyraf Rozami
Kredit foto: Instagram Bibi Qairina & Instagram Asyraf Rozami
Kredit video: TRUTH OR DARE : ASYRAF ROZAMI SUKA DEKAT BIBI QAIRINA?