Oleh pada 24 Jan 2024 kategori

Kata ganda dalam bahasa Melayu biasanya diguna oleh penggunanya untuk menunjukkan bilangan yang banyak, dalam kaedah yang mudah. 

Istilah kata ganda seperti gula-gula, angan-angan, jalan-jalan biasa kita sebutkan. Tidak ramai menyedari ada satu lagi kumpulan kata yang dinamakan sebagai kata majmuk, yang sering kita amal sama seperti kata ganda sehingga menimbulkan kekeliruan kepada kita. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apa itu kata majmuk dan apa bezanya dengan kata ganda? Jom kita belajar serba sedikit tentang kelainan kedua-duanya.

Perbezaan kata majmuk dengan kata ganda

kata ganda penggunaan

Sekiranya kita lihat pada permukaannya, tidak ada beza besar di antara kata majmuk dengan contoh kata ganda yang kami sebutkan di atas.

Kata majmuk atau turut dilabel sebagai kata berpasangan adalah istilah yang seakan-akan turut mewakili penggandaan, sekiranya kita tidak faham apa yang dimaksudkannya. Sebagai contoh kita tahu istilah 'bukit bukau.'

Adakah bukit bukau kata ganda atau kata majmuk? Jawapannya, kata majmuk. Ini kerana bukit bukau bukanlah kata ganda. Secara kendiri, 'bukit' mempunyai maknanya yang tersendiri iaitu kawasan tanah yang tinggi tetapi tidak setinggi gunung. 'Bukau' pula mewakili lembah. Ini bermakna, 'bukit bukau' bukan bermaksud beberapa bukit yang menunjukkan gandaan, sebaliknya bukit bukau membawa makna 'bukit dan lembah'.

Bagaimana kaedah menggunakannya dengan betul?

sampah sarap kata ganda kata majmuk

Dalam istilah bukit bukau yang selalu kita amalkan, ada satu lagi istilah berbeza yang jarang didengari iaitu bukit bakau.

Oleh kerana kami yakin anda dah tahu istilah itu bukan istilah kata ganda, jadi apa maknanya? 

Bukit kekal memegang makna kawasan tanah yang tinggi. Bakau? Sejenis tumbuhan. Jadi bukit bakau mewakili bukit yang ditumbuhi pokok bakau.

Selain 'bukit bukau' dan 'bukit bakau', kami yakin anda juga pernah melihat beberapa kata majmuk berbeza seperti sampah sarap, semak samun, kadang kala dan campur aduk. Dalam setiap istilah yang ada, setiap perkataan itu mempunyai makna tersendiri yang mungkin berbeza atau sama maknanya.

Apa yang penting dan perlu kita fahami, setiap perkataan itu boleh kita gunakan sebagai perkataan tunggal.

  • Sampah (benda-benda yg dibuang) sarap (barang yang tidak berguna)
  • Semak (tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah-rendah) samun (belukar yg terbiar)
  • Lalu (berjalan) lintas (berjalan dengan cepat)
  • Campur (menggaul, menyatukan) aduk (menggaul atau mengacau sehingga rata).

Apa kaedah sebenar menulis kata majmuk?

penggunaan kata ganda

Dalam banyak-banyak kesalahan yang berlaku, kesalahan paling kerap berlaku melibatkan kekeliruan di antara kata ganda dengan kata majmuk adalah cara tulisannya.

Ramai menulis kedua-dua kategori istilah ini dengan menambahkan tanda sempang (-) yang menghubungkan kedua-dua perkataan. Perasan tak sejak mula lagi, kami tak meletakkan tanda sempang pada penggunaan istilah kata majmuk?

Ini kerana kata majmuk tidak memerlukan kita menggunakan tanda sempang, kerana seperti yang sudah kami sebutkan; istilah ini tidak mewakili gandaan dan ada kemungkinan kedua-dua perkataan yang digabungkan membawa dua makna berbeza.

Jadi kata majmuk ditulis tanpa sempang : bukit bukau, lalu lintas, semak samun, campur aduk, asal usul. Sementara kata ganda ditulis harus diletakkan sempang bagi menandakan gandaannya seperti pokok-pokok, jalan-jalan, gula-gula dan sebagainya.

Selain itu dalam kaedah kiraan perkataan, secara rasminya kata majmuk dikira sebagai dua patah perkataan secara berasingan sementara kata ganda walaupun mempunyai dua perkataan yang berulang-ulang, hanya dikira sebagai satu patah perkataan sahaja.

 




Hakcipta iluminasi.com (2017)