Kredit foto: Instagram Shuib Sepahtu , Instagram @muhamadokey
Menyudahi spekulasi mengenai hubungan mereka, Shuib Sepahtu, pelawak dan ahli perniagaan, bakal melangsungkan pernikahan dengan kekasihnya, usahawan Watie Hanifiah pada 23 Jun 2023 ini.
Ibu Shuib, Salamiah Jalani (kiri) dan bapa mentua Shuib, Raissuddin Hamzah
Sebelum ini, majlis pertunangan mereka diadakan pada 6 Mei 2023 di kediaman keluarga Watie di Shah Alam, di mana Shuib dilaporkan telah membawa tiga dulang hantaran yang terdiri daripada manisan, sirih junjung dan kasut.
Sementara pihak Watie membalas dengan lima dulang hantaran yang mengandungi manisan, sirih junjung, buah-buahan, sampin dan kasut.
Untuk info, Shuib pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, yang telah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada tahun 2021. Mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Berikut adalah 8 fakta biodata mengenai pelawak sensasi ini yang dapat kami kongsikan.
8 Fakta Pelawak Shuib Sepahtu Yang Ramai Tak Tahu!
1. Shuib, walaupun dikenali sebagai seorang pelawak, sebenarnya memiliki bakat seni yang serba boleh. Kebolehan terpendam beliau membuat netizen kagum dan tidak percaya, terutama dalam bidang nyanyian dan penciptaan lagu. Beliau pernah merakamkan beberapa single seperti Sampai Tua, Cinta Itu Nyawa (duet bersama Siti Sarah), Semakin Benci Semakin Cinta (duet bersama Siti Sarah), Senorita (duet bersama Syamsul Yusof dan Datuk AC Mizal), Teh Terakhirku (duet bersama Mark Adam dan Zynakal) dan Honey Juana.
Selain itu, Shuib juga mempertaruhkan kemahirannya sebagai komposer dan penulis lirik dalam lagu nyanyian bekas isterinya, Siti Sarah Raisuddin yang berjudul "Semakin". Lagu tersebut bahkan berjaya memasuki senarai 12 finalis Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) pada 2019.
2. Selepas pemergian Siti Sarah, status Shuib sebagai seorang duda dengan empat anak membuat dirinya dikaitkan dengan beberapa wanita terkenal seperti Siti Nordiana, Zara Zya, Wan Sharmila, Hazwani Helmi (adik Heliza Helmi) dan Datuk Seri Vida. Namun sebenarnya, peminat hanya gemar memadankan mereka, kerana senang jika melihat artis kesayangan mereka ini berpasangan.
3. Mungkin ramai yang tidak tahu, Shuib sebenarnya mempunyai masalah buta warna. Allahyarham Siti Sarah pernah mendedahkan hal itu pada tahun 2018 melalui Instagramnya setelah netizen mengkritik wajah Sarah yang terlihat lebih gelap dari biasa. Isu ini terjadi selepas Shuib berkongsi foto mereka berdua ketika memberikan kereta sebagai hadiah untuk ibunya pada hari kelahiran wanita itu. Menurut Sarah, suaminya mengalami masalah buta warna yang membuatnya sukar melihat dengan jelas warna foto yang dimuat naik di Instagram.
4. Pada tahun 2019, Shuib sering berkongsi minatnya terhadap koleksi kereta mewah melalui Instagram, dengan memuat naik gambar-gambar dirinya bersama kereta mewah. Melalui foto-foto tersebut, ia sekaligus menunjukkan kemewahan dan kekayaan Shuib yang mencapai tahap yang sangat selesa. Beberapa gambar yang tersebar di laman sosial menunjukkan Shuib bersama kereta-kereta mewah seperti McLaren 650S, Porsche GT4, Camaro Chevrolet, Mustang dan Dodge Challenger SRT.
5. Shuib menyatakan bahawa dia tidak mendorong anak-anaknya untuk menjadi artis dan mengikuti jejak langkahnya dalam dunia seni. Namun, Talita, anak perempuannya, ada meluahkan keinginan untuk menyertai industri nyanyian, sementara Matin lebih tertarik dalam bidang lakonan dan seni komedi.
6. Mungkin ramai yang tidak terlalu mendengar khabar mengenai bapa Shuib, iaitu Muhamad Arshad. Kisahnya pernah dipaparkan pada tahun 2017, iaitu mengenai minatnya dalam memodifikasi kenderaan untuk pertandingan autoshow. Meskipun sudah memasuki usia warga emas, namun Arshad tetap aktif dalam pertandingan kereta cantik, dan kreativitinya yang hanya menggunakan kereta keluaran Malaysia, iaitu Proton Saga, telah membawanya meraih lebih daripada 70 piala kemenangan selama lima tahun terlibat dalam dunia permotoran, ketika itu.
Ayah Shuib, Muhamad Arshad
7. Pada November 2022 lalu pula, Arshad dikhabarkan telah menyertai parti politik, PAS. Sebelum ini, Arshad merupakan seorang ahli UMNO selama lebih daripada 20 tahun dan pernah ditugaskan sebagai Setiausaha Cawangan UMNO Parit Haji Ali Alor Pongsu selama 10 tahun. Dalam pengumumannya, dia menekankan bahawa penglibatannya dalam PAS bukanlah untuk tujuan memperoleh jawatan, tetapi kerana dia kagum dengan kerja yang dijalankan oleh parti itu dalam membantu individu dan perkara kebajikan tanpa mengambil kira fahaman politik, agama dan bangsa.
8. Dalam perkembangan terkini mengenai karier Shuib, beliau baru-baru ini muncul dengan lagu baru berjudul "Lenalah". Lagu ini mendapat sokongan yang padu dari para peminat, dengan mencatatkan lebih dari 150,000 tontonan di laman YouTube. Aidit Alfian bertindak sebagai komposer untuk karya ini, manakala liriknya ditulis oleh Ad Samad.
Baca: Biodata Dan Latar Belakang Watie Hanifiah, Isteri Shuib Sepahtu
Baca: Info Penuh Majlis Nikah / Kahwin Shuib Sepahtu Dan Watie Hanifiah
Untuk biodata penuh mengenai Shuib, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelawak Shuib Sepahtu
Baca: 10 Fakta Shuib Sepahtu Yang Ramai Tak Tahu!
Kredit foto: Instagram Shuib Sepahtu , Instagram @muhamadokey
*Info Ringkas Shuib Sepahtu
Nama sebenar - Shahmira bin Muhamad
Nama popular - Shuib, Shuib Sepahtu
Umur - 39 tahun (2023)
Pekerjaan - Pelawak, Pelakon, Pengacara, Penyanyi, Penyampai Radio, Pengusaha Bisnes
Instagram (IG) - @shuibsepahtu
Kredit video: RIA X In Person : “Saya Tak Gila, Tapi Itu Cara Saya Berkongsi Dengannya” — Shuib Pesan
Sumber:
1. Libatkan Cahaya Mata Dalam Rancangan ‘Diari Daddy’, Shuib Tak Cenderung Anak-Anak Jadi Artis
2. Tayang Deretan Kereta Mewah, Shuib Tak Riak! Sekadar Berkongsi Minat Katanya
3. Datuk 7 cucu masih aktif modifikasi kereta
4. Bapa Shuib Sepahtu tinggalkan UMNO sertai Pas